Monday, December 19, 2005

bendalistik

Baru lega hati aku bila exam dah tamat. Secara keseluruhan aku berasa tak yakin untuk memperolehi markah yang hebat.Jawab pakai hentam,belajar minit-minit terakhir dan banyak tak buat tugasan. Tapi kalau nak lulus kira bolehlah ('bolehlah' macam satu jargon bagi orang Melayu yang tiada daya saing,"asal lulus kira OKlah").Takpe semester depan aku akan buat yang terbaik (Ni azam aku yang tak pernah buat sejak aku masuk USM).Esok mula cuti sebulan dan aku mula membungkuskan barang-barang ke dalam kotak.


Waktu malam aku lepak dengan Kidd, mabuk teh tarik di Restoran Khaleel. Berbual perkara-perkara yang patut dibualkan. Tiba satu ketika aku tiba-tiba gatal masuk bab-bab macam mana nak mengurat perempuan. Yelah, aku kan masih mencari, jadi cubalah nak dapatkan tips-tips. Kidd pula tanyakan gadis idaman aku. Aduss...sebenarnya aku tak memikirkan sangat benda-benda nih.Kalau dah suka, sukalah tak kira macam mana bentuknya. Tapi kalau Kidd dah tanya aku jawablah sekadar yang boleh. Jadi aku cakaplah aku suka yang cantik,rock,lawa,tak pakai tudung, rambut panjang, buah dada besar (yang ni aku cakap dalam hati aje) dan banyak lagi. Harap-harap Kidd bagitahulah pada kawan-kawan dia. hehehe


Bila aku balik bilik terfikirkan ciri-ciri yang aku sebutkan pada Kidd masa tengah lepak tadi, baru aku realize yang sebenarnya aku nih sungguh materialistik. Semua benda yang aku idamkan semuanya yang boleh nampak, benda yag boleh dipegang. Semua benda yang material. Takde pulak ciri-ciri yang aku nak yang abstrak. Baik hati ke (tipikal gile), memahami, open minded dan macam-macam lagilah.


Ingatkan perempuan aje yang materialistik. Lelaki pun materialistik. Nampak sangat kita sekarang nih materialistik.Mengejar benda-benda yang nampak di depan mata sahaja. Nilai-nilai yang tak boleh disukat menggunakan skala numerik (nilai yang abstrak) sangatlah sedikit. Boleh dikatakan ramai lelaki dan perempuan memilih yang ternampak dek mata kasar sahaja. Nak nampak yang dalam-dalam susah sedikit. Kena kenal seseorang tu lebih lama. Agak susah lebih-lebih lagi dengan dunia yang serba laju nih.


Aku cuba untuk menghindarkan diri daripada kehidupan yang mementingkan material ni. Dapat hindarkan sedikit-sedikit kira baguslah. Ada banyak kumpulan-kumpulan yang mengesyorkan hidup non-material ni. Contohnya Crimethinc. Satu kumpulan anarkis yang penuh dengan mimpi-mimpi. Satu buku yang kau pernah baca terbitan Crimethinc ialah Off The Map. Satu catatan peribadi seorang wanita yang aku fikir adalah seorang anarkis. Bersama-sama dengan rakannya dengan selamba pergi backpack travelling ke Eropah. Dengan duit yang tak mencukupi, mereka boleh hidup dan menikmati suasana di Eropah. Mereka tinggal di squatters, tidur di tepi-tepi jalan,hitchhiking dan macam-macam lagi benda yang boleh dilakukan. Semua perkara itu tidak mustahil sebenarnya.


Kita tak perlukan duit yang banyak untuk merasa bahagia.Tak perlukan handphone untuk membunuh kesunyian, tak memerlukan sebuah kereta untuk mendapat ramai kawan.Tak perlu kerja sehari suntuk untuk mendapatkan semua yang kita ingin miliki.


Susah bagi aku untuk mengurangkan sifat-sifat material aku. Kadang-kadang terpandang dada perempuan. Kadang-kadang terbeli DVd sampai 5 keping. Terbazir kepada benda-benda yang tak munasabah. Tapi selagi aku boleh bermimpi, aku yakin aku boleh pergi travel satu hari nanti.


End note:

1) Kalau nak dapatkan feel travel, baca The Alchemist oleh Paolo Coelho dan Off The Map terbitan Crimethinc.

2)Tak tahulah bila boleh aku membaca semula buku Sang Alkemis aku

3) Menulis blog sambil dengar Black Sabbath rasa macam rock siak....

Thursday, November 24, 2005

siksa kubur is totally waste

Semalam aku berpeluang untuk berkomunikasi melalui utusan MSN dengan pemilik label Rottrevore iaitu Rio. Oleh kerana aku peramah, macam-macam benda aku tanya dan akhirnya aku bertanyakan barangan yang baru dikeluarkan oleh labelnya. Dia terus menyebut tentang Tshirt Siksa Kubur yang baru dan terlalu terhad. Aku terus bersetuju untuk membeli tshirt itu yang aku yakin terlalu mahal tanpa ada alasan untuk berfikir panjang. Aku terus mengeluarkan Rm 76, convert menjadi USD 20 lipat duit itu menjadi kecil sekecil-kecilnya,masukkan dalam sampul surat dan terus mengalamatkannya kepada Rio Rottrevore di Indonesia. Aku masih lagi tersenyum dengan mengimaginasikan betapa bergayanya aku bila memakai Tshirt Siksa Kubur itu nanti.


Bila sampai di bilik, mengorganisasikan perjalanan hidup pada hari sabtu nanti yang tentunya hari yang ditunggu-tunggu oleh para penganut muzik hardcore Malaysia iaitu kedatangan Vitamin X ke sini. Terus sahaja aku termenung semenung-menungnya kerana uang yang aku miliki pada waktu sekarang makin menyusut. Aku mencarut. Tapi carutan aku hanya secukup rasa kerana perasaan tidak cukup duit tak sama dengan perasaan kantol tengok porno dengan mak. Sial. Duit boleh tak cukup pulak!!!


Terpaksalah aku membatalkan hasrat aku untuk pergi membeli belah Dvd di Batu Feringghi,tidak mengkonsume barangan dari gig nanti dan menjaga pemakanan aku dengan tidak memakan daging sebab daging mahal.
Ah, takpelah. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada alternatifnya jika terlanjur. Kalau kita terlanjur bersetubuh boleh gugurkan kandungan. kalau kita terlanjur tak datang kelas banyak kali boleh repeat paper. Kalau terlanjur berbelanja lebih boleh pinjam uang dengan kawan-kawan tercinta.


Yeah, hidup ini banyak pilihan yang penting bagaimana nak menjadikan pilihan kita itu sebagai satu yang bermakna. Aku memilih untuk tidak belajar dan terus berkutat di depan komputer dan menulis blog kerana aku tahu menulis perasaan dalam diri adalah lebih bermakna daripada menulis istilah-istilah yang kejap-kejap ingat,kejap-kejap lupa. Lepas tu masuk peksa terus blur.

Wednesday, November 23, 2005

Orang berBUDI, kita berJASA.

Tak tahulah sama ada aku sedar atau tidak. Yang nyata, semester ketiga dah nak habis dalam beberapa hari lagi. Aku masih tak puas mengecapi hidup di Penang ni. Kalau klimaks barangkali tak pancut lagi. Lihat kawan-kawan yang semakin hari semakin maju dengan perubahan diri. Memang betul manusia berubah. Begitu juga dengan diri aku. Perubahan yang besar mungkin tak nampak sangat.perubahan yang nyata aku alami mungkin dari segi kuantiti seluar yang aku miliki. Dari ade dua pasang jadik la tiga pasang. Aku tak suka pakai seluar slack yang mak beli. Nampak macam Mat Belia takpun macam abang-abang MPP. Seluar tu abang aku yang bagi.Nasib baiklah, jimat duit aku. Kalau nak harapkan aku membeli seluar entah bila. Penambahan kuantiti seluar juga satu perubahan. Dari satu menjadi dua. Dari dua menjadi tiga. Penambahan kuantiti juga terlihat dalam koleksi Dvd,kaset dan Cd aku. Banyak jugak aku membazir membeli semua tuh semester ni.Lebih-lebih lagi dengan harga RM4 per Dvd yang boleh didapati di Batu Feringghi, makin membuak-buak nafsu aku. Kalau dah suka, nak buat macam mane ye tak? Itu perubahan kecik. Tak bermakna pon. Perubahan yang besar tak juga berlaku dalam diri aku.

Manusia juga mengalami perubahan dari segi kuantiti.Mungkin kerana manusia itu besar saiznya, maka perubahannya juga besarlah. Dari satu menjadi dua, dua menjadi tiga.(ade ke dua jadik tiga???). Aku selalu nampak satu jadik dua yang lain tak pernah pulak. Kalau berubah kuantiti lebih-lebih nanti orang cakap ape la pulak. Orang nih bukannye boleh tengok orang senang sikit. Pantang salah sikit. Ade aje yang nak dibuahmulutkan. Kalau dilihat kembali, ramai gak kawan aku mengalami perubahan kuantiti yang macam ni dalam hidup die. Maksud aku dah ade teman buat perabih kredit, teman bergaduh, dah orang yang tolong picit-picit, gurau-gurau, yang semua tu lah. Ramai juga yang berJASA di Usm ni. Aku pulak????

Susah juga nak tengok orang yang berubah pada nilai yang lain. Nak tengok perubahan ni pada kawan-kawan aku? Jangan haraplah. Perubahan yang aku maksudkan ialah perubahan dari segi kualiti. Kualiti rendah kepada kualiti lebih sikit. Dari enjin keldai ubah jadik enjin kuda. Tak tahulah apa daya yang menggerakkan mereka yang berubah dengan nilai ini. Mungkin mereka takut dengan mak bapak mereka kot. Takpun menggigil sampai terkencing mengenangkan masa depan yang tak pasti cerah terangnya. Yang pasti, aku tak pernah mengalami perubahan ini. Dah nak habis semester nih.... satu zarah keinsafan pon tak kunjung tiba. Assignment hantar last minit. belajar pada minit-minit kecederaan, datang kelas lambat... "Barulah rock!!!"... tapi kalau banyak sangat rocknye hingga mudarat diri susah gak siak....adus..... jeles gak tengok orang berBUDI... tapi aku?????

BUDI-belajar untuk dapat ijazah(belajar untuk dapat ijazah ke untuk dapat ilmu???)

JASA -janji dapat sorang awek (damn!!!)

playlist mase aku tengah taip:-

Dahmer, Cocteau Twins, The Accused, Wind of Pain, Boycot, Besthoven

Monday, October 31, 2005

Hari raya datang lagi duit-muit berterbangan pergi

Cuti raya tahun ini yang hanya berusia seminggu dua boleh juga digelar minggu ulangkaji peperiksaan bagi budak-budak USM. Memang gila, peperiksaan lepas raya menyebabkan minggu ulangkaji tidak dimanfaatkan sepenuhnya sebab time raya mestilah kita meRAYAkan bukannya mengULANGKAJIkan dengan waktu yang ada. Tapi, aku tetap akan memastikan bahawa slot-slot bagi aku untuk belajar dipetakan dalam rutin harian aku agar liburan aku dipenuhi dengan persiapan yang rapi sebelum berlawan pedang dengan soalan-soalan penentu masa depan aku.

Baju raya aku tahun ini lebih kurang macam warna biru kemuda-mudaan. Tahun lepas punye baju raya aku cuma pakai beberapa kali dan selepas itu baju raya yang bewarna merah darah itu telah bermastautin dalam almari aku buat sekian lama. Mungkin nasib yang sama akan menimpa baju raya tahun ini yang agak kebirumudaan itu. Apa yang nyata, minat aku untuk memakai baju Melayu telah dikesampingkan. Tak rock la pakai baju Melayu!!!

Budaya membeli semakin menjadi-jadi bila tiba musim perayaan. Semua benda nak dibarukan. Pada waktu ini, tokey-tokey pasaraya senyum melebar sentiasa. Tapi takpe, asalkan 1 Syawal kita tampil dengan penuh gaya. Tak mahu kalah dengan sesiapa. Jadi ayuh membeli seadanya!!!

Nah, sekaang hari raya telah dikomersilkan. Jauh kita dapat menikmati kemeriahan raya dulu-dulu. Ketupat rendang pun dah diSEGERAkan. Kuih-muih mula dipaketkan, rayanya kita sentiasa di NTV7 bersama artis kesayangan takpun dengan kumpulan lawak bangang Senario di TV3.

Tapi jangan lupa dengan hubungan sesama manusia. Jangan kau lupa pulak nak barukannya. Dahlah tak boleh beli dengan duit. Lagilah susah,lagilah payah. Nak-nak manusia sekarang yang bendalistik. Ish, aku ingat nak beli baju rayalah. tapi aku rasa tak payah mahal-mahal. Cukup dengan Rm 20, aku akan beli T-Shirt Unholy Gave pada Jimbo. bawak pergi beraya, barulah rock!!!

Selamat Hari Gaya. Maap Zahir dan batin!!! Worldd!!!!

Playlist: Common Enemy- Skate That Shit

N/B:

material = benda
materialisik=bendalistik

hehehe

Monday, October 17, 2005

Seksualiti hamba bumi

Lalu kami berbaring di ranjang yang tudungnya belum disibakkan, sebab kami memang tidak hendak tidur siang. Dia katakan, dada saya besar. Saya jawab tidak sepatah kata. Dia katakan apakah saya siap. saya jawab, tolong, saya masih perawan. (Adakah cara lain). Dia katakan, bibir saya indah.Ciumlah. Ciumlah disini. Saya menjawab tanpa kata-kata. Tapi saya telah berdosa. Meskipun masih perawan.

-peh..lame gile nak tunggu buku nih. at last dapat gak aku meminjam buku SAMAN karya AYU UTAMI. Gila lah. Buku nih aku jangkakan best sekali. Quote kat atas nih diambil dari buku tersebut. Hopefully kalo aku bace buku nih tak terpancut aku nanti. Hehehe

Friday, October 14, 2005

lazykiller

Sejak kebelakangan ini aku semakin malas untuk ke kelas, membuat assignment yang diberikan. Assignment untuk membuat website aku telah menafikannya walaupun aku akan kerugian begitu banyak markah. Tugasan bahasa Jepun dan selalu sahaja mengambil keputusan untuk tidak pergi ke kelas. Persekitaran aku barangkali memaksa aku menjadi pemalas. Berkecimpung dengan aura-aura malas, maka kemalasanlah tajuk utama aku untuk hidup dalam minggu kedua berpuasa ini. Aku tak tahu dan aku tak mahu tahu akibat aku ponteng, tak buat assignment dan lain-lain. Kalau kena bar aku, kena barlah seadanya. Kalau dapat pointer bawah dua, pointer bawah dualah aku. Jelas kelihatan tahap kerajinan aku kian merosot. Mungkin harsu diberikan kejutan yang menakjubkan baharulah aku akan tersedar dari sifat sambil lewa ini. Takpelah, kena tunggu aku terhantuk dahulu baru nanti aku terngadah.

Semalam aku menghadiri satu art talk bersama Meme. Oleh sebab aku ni keturunan Melayu yang cukup terkenal dengan lambatnya, maka aku hadir setengah jam kemudian. Aku terlepas dua tayangan. Sesampainya aku di muzium, perbicaraan sedang hangat dijalankan. Aku pun tak kenal siapa dia Meme nih. Tapi ak baca flyers, Meme nih seorang yang minat buat sculptor dan hantu anime. Tak tahulah aku betul ke tidak. Tiada siapa yang aku kenal dalam art talk ini melainkan Ah Koon, pelajar seni yang baru sahaja memenangi anugerah Festival Filem Pelajar dan Encik Tengku, pensyarah seni. Aku tak faham sangat apa yang mereka diskusikan maklumlah datang lambat. Jadi aku hanya mendengar sahaja Meme ini berhujah.

Kemudian, ditayangkan satu karya Meme iaitu Kenapa Pungguk Rindukan Bulan. Filem ni ada style-style macam Nightmare Before Chrismas, Thunderbird dan American Team iaitu menggunakan teknik patung sebagai katekter filem. Gayanya banyak mendapat pengaruh dari Barat. Watak-wataknya banyak diambil dari koleksi-koleksi patung Lord of the Rings, Star wars Nightmare Before Chrismas dan macam-macam lagilah. Latarbelakang yang digunakan cukup abstrak. Aku rase cukup penat kalau nak buat patung-patung tuh bergerak macam manusia. Jadi satu saat untuk patung tu senyum mungkin berpuluh-puluh shot diambil. Penat jugak buat cerita macam nih. Keseluruhan cerita mengambil masa setengah jam. Jadi aku tak dapat bayangkan berapa juta shot yang diambil oleh Meme bagi menjadikan patung-patung itu bergerak,bergaduh, memanjat,tersenyum dan macam-macam.

Ok, cerita Pungguk Rindukan Bulan itu mengisahkan Hang Tuah ( patung tengkorak) kene cari sekuntum bunga kepada seorang pemaisuri. Watak pemaisuri ni macam evil aje sebab name die pun dah ade Dark Queen dan berbaju hitam. Aku rase watak bagi Dark Queen nih menggunakan patung Barbie kot. So Hang Tuah pergi bertanyakan orang ramai tentang bunga yang diidamkan oleh pamisuri tersebut. Akhirnya, dia mendapat tahu bahawa bunga itu ada di bulan. Maka berusahalah Hang Tuah itu pergi ke bulan. Setelah mendapatkan bunga tersebut daripada makhluk yang mendiami bulan, Hang Tuah pulang. Orang bulan menasihati bahawa bunga itu tak boleh diguna untuk tujuan baik Tapi pemaisrusi tuh buat jahat dengan bunga tuh konon dapatkan power untuk memerintah dunia la. So, orang bulan turun dah menyumpah si pemaisuri jadik pungguk. So kalau orang cakap kenapa pungguk rindukan bulan tuh adalah kerana pungguk tuh nak mintak maaf kepada orang bulan kesilapan yang pungguk (pemaisuri) telah lakukan.

Cerita yang menarik untuk satu Diy film. Medium yang digunakan agak kreatif dengan tidak menggunakan manusia sebaliknya menggunakan patung-patungan. Pertama kali aku lihat style macam nih dihasilkan oleh anak muda tanah air. Pretty impressive. Dalam diskusi tersebut, Meme telah banyak mengeluarkan banyak pndapat yang aku fikir cukup sincere. Bertanya seorang peserta diskusi tentang driven force atau the passion yang menyebabkan dia melakukan flem ini bahkan minat die terhadap seni. Yelahkan, kalau aku yang pemalas nih nak buat cerita macam tuh belu tentu boleh siap. Nak menulis lima puluh mukasurat pon belum tentu boleh siap. Jadi si Meme kate die buat art sebab ade satu feeling depress dalam diri die yang seboleh-bolehnya dia mahu keluarkan segalanya. itu yang die buat karya die nih. Aku rase nak buat karya macam nih kena ada passion yang menggila baru boleh siap dan puas hati.
Dari situlah sikit-sikit aku berfikir tentang diri aku dengan benda-benda yang aku suka. Muzik, hardcore/punk, movies, books, writing, semuanya boleh dikecapi kepuasannya bile ade driven force ataupun feeling untuk kearah benda yang kita minat. Aku tak tahulah kemana arah tuju aku menulis. Adakah menulis hanya untuk kepuasan, nak dapat awek, nak terkenal etc..etc..Nakkan kepuasan yang macam mana pun aku tak tahu. Well, nampaknya kena berkerja kuat aku untuk mencapai apa yang ak idamkan sangat. Peh, susah....susah...

my ears eat -Agathocles Humarrogance

Saturday, July 30, 2005

minda cekal,hati girang,kontol gatal....

Hari-hari indah yang berlalu selama ini dihabiskan di Usm sahaja. Semakin menjadi-jadi pula populasi wanita di Usm ni.Sekarang,jangankan kena berebut untuk naik bas.Kadang-kadang peluang untuk menaiki bas takde langsung.Berikutan dengan majoritinya pelajar wanita dengan pelajar tahun satu.Cukup menjengkelkan tahun kedua aku di sini.
*****

Beberapa minggu yang lepas Hata, kawan aku sebelah bilik telah berkunjung ke jakarta bersama dengan dosennya(maknanya pensyarah dalam bahasa Melayu).Telah aku memesan satu buku yang sok populer di Jakarta pada masa ini iaitu bulu yang berjodol Sang Alkemis karya Paolo Coelho.Waduh suka banget aku ama buku itu.Berkenaan dengan seorang bocah (budak laki-laki) yang suka berkelana,tetapi tidak punya uang yang banyak.jadi dia terus jadi sang gembala.Dengan mimpi yang selalu menghantuinya,selalu menyatakan bahawa terdapat harta karun untuknya di Piramida.Dia terus mengikuti mimpi-mimpinya itu dan terjadilah sesuatu yang menarik dalam hidupnya.bekerja dengan toko kristal,berjumpa dengan seorang Inggeris dan berjumpa dengan Fatima.Terus terang aku belum menghabsiskan bacaan aku.Buku ini amat direkomendasikan untuk kamu semua.
*****
Tour Domestik Doktrin adalah yang paling aku terkenang.Denagn personil yang peramah dan comedik.Mereka adalah rakan-rakan yang cukup baik.Ngobrol ama si Ari,Memet, Dede,Refan,Diaz,dan Deden adalah satu yang cukup berharga.Waduh tak sabar untuk pergi ke Indonesia.Tapi ongkosnya perlu di cari dulu nih.Thats the great thing about DIY punk/hardcore community.
*****
Nampaknya penaykit malas nih dah mula merebak dalam tubuh aku.Ah tolong jangan membuatkan aku terus terlantar di katil.Jangan terus membuatkan aku hanya berangan - angan tanpa tujuan.Fuck me I'm dead.

Pelirlist-
1.Murderous Grind Attack
2.Sang Alkemis
3.Restoran Indah Kembara (singgit dah kenyang nak mampos)
4.cewek Usm first year

sorang jek?

Kadar kewangan aku kini kian menyusut berikutan konsumsi yang berterusan tanpa had di usm ini. Kerajaan yang memberikan pinjaman pula cuba melambatkan kemasukan wang ke dalam akaun pelajar agar pelajar tahu bahawa birokrasi dalam institusi kerajaan ini cuba bermain dengan kesabaran anak muda.Oleh kerana akaun aku masih lagi tidak menunjukkan baki sebanyak empat angka,jadi aku hanya berkutat di sekitar Usm sahaja.Niat untuk melihat Flesh Disgorged 6 Ogos ni di Kl luput.Sial betul.
*****
Minggu ini aku hanya menikmati pagi-pagi Sabtu di bilik sahaja.Tiada aktiviti yang dapat dilakukan yang cukup relevan dengan wang yang ada.Semua penghuni-penghuni bilik telah bersiap-siap untuk bertemu dengan kekasih dan ada juga yang pulang ke kampung.bagi aku, hari cuti ini hanya dihabiskan dengan menjalarkan mata aku di baris-baris buku yang telah aku pinjam dan beli.kali ini aku telah meminjam buku dari Pramoedya Ananta Toer-Rumah Kaca,buku riwayat Hans Christian Andersen serta Sang Alkemis.Tak lupa juga buku -buku yang menentukan kehidupan aku di masa hadapan.Buku Bahasa dan Undang-undang.
*****
kadang-kadang aku juga menghabiskan masa menelaah lagu Vivisick - Sweet Themepark City. Susah jugak nak nyanyi lagu nih beb. pastuh ditambah lagi dengan sing along yang tak tahu apa yang mereka sing along kan.harap harap sebelum gig membenci kemerdekaan aku telah menghafal lagu tuh. Cd Domestik Doktrin yang baru telah membuatkan telinga aku meminta untuk diberi makan hanya dengan lagu-lagu baru Domestik Doktrin sahaja.Domestik Doktrin telah tersimpang jauh dengan konsep mereka yna dahulu.Anak-anak thrash juga tidak menyukai lagu baru mereka terutama si Timmy.Domestik Doktrin ni mementingkan originaliti.Time Maufakturing Karma pun muzik mereka tidak berkiblatkan mana - mana band cuma konsep umumnya sahaja yang thrash. Kini mereka lebih kepada sludge.Lirik lebih nakal dan sentiasa mengusik akal.Aku suka dengan lirik yang Ari buat.two thumbs up.Cobalah dengerkan musik mereka yang baru ini.Phundamentalphun.Keren banget loh.
*****
Aduh,pukimak betul la kalo takde awek nih.Sorang-sorang jek setiap hujung minggu.kalau ada gig baguslah.Tapi kalau takde,macam ni lah jadinya.Nasib baik malam nih ade tayangan teater.Layan teater sorang-sorang best gak.

Pelirlist semasa menaip-
Fuck On The Beach - Endless Summer.

Sunday, July 10, 2005

back with a vengeance

Dunia persekitaran aku berubah lagi.Tiada lagi hukuman bangun awal pagi untuk bekerja.Satu hal yang membencikan aku ialah melakukan kerja yang diluar kemahuan aku dan bangun di awal pagi yang secara langsung ia telah membunuh mimpi-mimpi aku.Bila banugn tidur seawal pagi dan harus pergi bekerja di cantumkan untuk menjadi satu aktiviti sudah tentulah ia tersangat menyebalkan.

Tapi sekarang tak lagi.esok hari,bermulalah sandiwara sebagai seorang pelajar universiti.Kewujudannya di celah-celah bangunan ilmiah di Usm ini, sekurang-kurangnya sudah boleh menaikkan keghairahan aku belajar.Belajar macam-macam.Belajar bergaya,belajar mengurat awek, belajar bahagikan masa,belajar meningkatkan maskuliniti diri agar bebudak freshie terpesona.tapi yang penting bagi aku,di Usm inilah aku dapat berjumpa kembali dengan 'cinta' aku si Pramoedya Ananta Toer.Nafsu aku terhadapnya membuak-buak.Aku cuma baru menghabiskan membaca Bumi Manusia,Keluarga Gerilya dan Cerita Dari Blora. Banyak lagi karya si Pram ini di perpustakaan.Esok,aku akan geledah isi perut perpustakaan dengan rakus.Yeah!!!

aku harap kamu doakan aku agar dapat menemukan konsentrasi dalam belajar.Dugaan yang 1001 macam,memporak-perandakan aku di semester lepas.Moga-moga aku dapat patahkan tuduhan keluarga aku yang mengatakan aku di sini cuma belajar main -main.Kawan dengan orang yang tak betul,boros etc....Semua yang tidak bagus ditohmah sejak aku joi hc punk ini.Aku coba untuk buktikan bahawa hc punk itu adalah terdiri dari oran g-orang yang mementingkan perkembangan minda dan intelektual.Tapi, apa yang penting sekarang,aku akan pergi ke Komtar untuk makan laksa dekat sana.Best gile.pedas die sampai ke telinga.

Thursday, June 30, 2005

penat lelah paling penghabisan

Hari ini adalah hari aku menamatkan profesyen aku sebagai pekerja kilang.Cukuplah 2 bulan setengah, aku tak sanggup lagi berada di 'rumah penyembelihan' itu lagi.Tenaga aku"disembelih' supayahajatsi Botak(boss keparat) dapat direlisasikan.Cukuplah bagi telinga aku menjamu selera dengan pekik lolong orang atasan mengerahkan pekerja -pekerja membanting tulang empat kerat mereka.

Kegembiraan jelas terpapar. Sudah tentu hari-hari mendatang membuahkan kuntum senyuman apabila bangkit dari tidur,tiada siapa yangingin mengherdik jika aku ingin bermalas-malasan.

Jelas sekali bekerja dibawah orang atasan cukup menyebalkan.Pekerja-pekerja sudah semakin kreatif mencipta ayat-ayat memaki hamun.Tulisan-tulisan di dinding tandas silih bertambah dengan perkataan -perkataan 'memuji' si Botak. Tapi sampai bila mahu bekerja? Mahu bertahan hidup sementara roh belum terlepas dari jasad. Tidakkah teringin untuk mempelbagaikan lagi babak-babak dalam skrip kehidupankita?Coba lari dari hidup yang monoton.

Yang nyata kita berada dalam arus sistematika kematian. Kojolnya kita bersistem.Sekolah,kerja,kahwin,romen,dapat anak,bayar itu,bayar ini,hutang sana hutang sini dan terus mati.Semua orang macam itu. Lahir hidup cuma untuk bernafas.Entahlah.Yang penting, aku meraikan pemergian aku dari kilang itu dengan Roti Nan AyamTandori satu set.Waduh lumayan nih.

Wednesday, June 29, 2005

makin lama makin jemu.

Kedatangan aku ke Kl ini tidak mempunyai apa-apa erti melainkan bergembira di acara gig yang berlangsung.Gig bersempena mencari dana untuk band Domestik Doktrin yang akan datang ke sini pada bulan Julai mendatang.Pemergian aku ke Kl ini juga adalah kerana ingin menyaksikan band yang telah lama tidak beraksi iaitu Jeritan Sepi.

Aku sedang menyiapkan review gig ini untuk satu projek bersama kawan-kawan dan aku tidak mahu memberikan gambaran bagaimana acara gig berlangsung dalam blog ini .Yang pastinya,ia berlangsung dengan tidak meriah sekali.Aku yang selalunya akan mengalami kecederaan yang mini selepas acara gig cuma berpeluh sahaja.Pengunjung yang datang agak mengecewakan.Apakah formula yang patut dikenakan kepada anak -anak muda hardcore yang sudah menjadi pemalas untuk datang ke gig.

Mungkin salah satu faktornya ialah.gig di Kl ini sudah menjadi kelaziman.Setiap minggu gig dilangsungkan dengan pelbagai band yang mempamerkan muzik-muzik mereka yang tersendiri.Bosan juga kalau gig selalu diadakan.Jadi gig ini adalah acara untuk kawan-kawan.Bahkan band -band dari luar negara yang melakukan tour juga kekurangan pengunjung.
Untuk menganjurkan gig setiap minggu adalah satu yang membebankan.Sekarang alternatif untuk menjimatkan kos setiap band-band luar yang datang ke Malaysia ialah dengan membuat gig di jam session.Perkara ini harus dilakukan untuk mengelakkan penganjur kerugian berlipat ganda kerana tiada pengunjung.

Selepas ini,aku tidak akan mengerapkan kewujudan aku di Kl ini untuk acara gig.Kalau dulu,di Matrikulasi,setiap minggu boleh dikatakan hari Sabtu aku diluangkan di Kl.kalau tidak ke gig hardcore,ke gig Indie bersama Lucy In The Loo.tabiat aku ke berkunjung ke gig tidak pernah luput.asalkan punya wang dan masa,pasti akan ke Kl.Di Usm Penang,selalu saja aku turun ke ibu kota itu.Gig,berjumpa kawan dan berjalan jalan di celah celah bangunan tinggi.Kehadiran band-band yang tour ke sini telah membuatkan aku turun.Unholy Grave,Cluster Bomb Unit,Pisschrist dan macam - macam band lagi agak menarik untuk dilihat.
Apa sudah jadi pada gig di KL,mungkin selepas ini aku akan cuba hadir ke gig-gig kecilan di bahau,seremban mahupun di Kuala Lipis.Yang pasti aku akan mengurangkan pemergian aku ke Kl selepas ini.Mahu simpan duit sedikit untuk pergi gig di Indonesia.hahaha

pelirlist- Mukeka Di Rato album Acabar Com VocĂȘ

Monday, June 20, 2005

pissed off this time

ketika aku sedang menatap wajah segiempat bercahaya ini (monitor komputer cc bernombor 21),aku sudah tidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan badan. Kelelahan selepas bekerja cadangnya mau berehat di gubuk kediaman aku seketika tetapi satu kejadian telah membuatkan aku bengang nak mampos.Pada awal pagi sebelum aku berangkat ke tempat kerja,aku telah berpesan pada abang aku supaya tidak mengunci pintu pagar kerana aku tidak mempunyai kuci tersebut.Dalam keadaan mengantuk pula,abang aku mengangguk tanda faham.Tapi hajat aku untuk berehat,mandi,masturbasi,pornografi telah terbatas kerana pintu pagar itu tidak terbuka ketika aku memulaskan tombol pintu.Kemarahan telah capai ke puncak.Aku terus berzikir ayat ayat makian.Semua penghuni rumah akan balik seawal pukul 6 atau malam.Sial.Nak buat ape aku mase nih?

Malam nih maybe akan jamming.Duit semakin menyusut.Tapi takpe asalkan suke.Kerongkong aku selalu gatal-gatal semasa abis jam.Harap harap semasa main nanti tak de masalah.

Kerja aku sekarang makin relax.Aku dipindahkan ke bahagian printing.Thankx to sham.Sebab rerkommend aku ke bahagian printing tuh.Relax sket sebab kerja tak banyak.Kalau dulu.Nak berehat termenung sket memang tak boleh harap.Kene marah punye.Tapi kalau kerja department printing nih sure kene kerja syif.Tak tahu la.Tapi yang penting Gaji hari nih dah keluar.Yeah.!!!

Friday, June 17, 2005

aduhai blog ku sayang.....mengapa kau bersedih???

nah....sekarang, aku tak mahu lagi berleha-leha dengan menziarahi website-website yang todak mempunyai kepentingan bagi aku.Jika blogspot ini adalah haiwan peliharaan aku, dan tidak pernah memberinya makan(update dengan penulisan tuannya),terus aja dia bersedih.Maaflah aku tidak pandai memberikan perbandingan yang sesuai.Tapi itulah,IZWAN yang satu lagi telah menguasai diri aku (izwan yang pemalas).Mungkin akibat bekerja yang banyak aku jadi begini.Atau mungkin selalu menonton bahan bahan yang tidak berfaedah(pornografi/g-string/bra etc etc....).maafkanlah saya yek....

tak banyak perkara yang menarik minggu ini melainkan perpindahan tempat kediaman.Pada mulanya sedih rasanya mau meninggalkan Bandar Baru Uda (port Uda Thrasher) bila pertama klai diumumkan keinginan untuk berpindah oleh abang aku.Khabar-khabar mahu berpindah ke Nong Chik.Last -last dekat dekat situ jek....selamat aku.hehehe...

rumah baru nih boleh la aku rate 8 per sepuluh...berbanding dnegan rumah lama yang aku patut bagi 4 per sepuluh.Rumah dulu die punye siling dah bocor.nak tidur malam mesti punye dengar bunyi air menitik.Lebih kurang 80 % barang - barang di rumah dulu tuh kepunyaan tuan rumah.Baju baju ,karpet,pinggan mangkuk macam macam lagi.Cukup tidak selesa.

Sekarang tidak lagi.rumah baru lebih selesa,tandas yang boleh flush,tiada suasana hingar bingar bunyi kenderaan dan yang penting,housemate nya kaya.Ada komputer yang penuh dengan bahan bahan lucah....untuk hilang bosan.tapi kewujudan aku di rumah ini tak lama.lagi 3 minggu lagi keberangkatan aku ke Penang akan tiba.Rase sedih pon ade gak sebab akan meninggalkan alam percutian yang panjang.Dan terpaksa berjumpa dengan kawan kawan sekelas lagi.hehehe tak sabar nak jumpe dengan wan karim,lomu( ade cerita best) dan bebudak HC penang.

Keje memang sial.Tak mahu kerja tapi mahu uang.Uang untuk gaji yang akan datang akan digunakan untuk pergi ke Kl bersempena gig Benefit Domestik Doktrin pada 25 June nih.Ah takpe la.aku dah mals nihnak tulis pepanjang.Dua hari lepas aku ade tulis penulisan aku kat blog nih.panjang dan banyak merepek.Best.tapi server lembab dan ia terus tak upload aku punye positng baru.Macam sial.takpe.aku akan cuba mengebom kemalasn aku dan gantikan dengan Izawn yang non-pasif hahaha..

Thursday, May 26, 2005

hati-ini memberontak

kegembiraan jelas nyata dalam diri aku kerana kilang aku sekarang sedang kucar kacir,huru hara dengan masalah yang bertimbun.hah.padan muka.kali nih kilang kotak nih dah tak banyak barang/order.jadi profit takde tapi aliran wang kepada para pekerja masih lagi berjalan kerana mereka masih datang ke kilang tetapi tiada kerja yang ingin dilakukan.jadi mereka telah memberi cuti kepada mereka yang shif petang dan yang pagi pula strat kerja dari 8 till 5.Sesape nak mintk cuti pon diluluskan.Kelihatan makcik-makcik yang mengopek kotak dah bercadang nak mintak cuti sebab sabtu nih ade keje kawen kat Waha.Jadi cuti-cuti mereka menjadi masalah bagi aku.cadangnya dalam otak aku berfikir,mintak cuti pastuh terus gerak ke KL untuk bergembira sama kawan-kawan memberikan penghormatan kepada band yang cukup dikenali iaitu BETERCORE.Maunya tak nak pegi.Weot Skam main.Aku tak pernah tengok diorang main lagi walaupun aku selalu lepak dengan diorang.Suara Anak Muda is my favourite band (dalam frenster aku tulis nama band nih dalam Favourite music).Sarjan Hassan is kick ass.So aku decide untuk pergi dengan selambe ponteng kerja.

Tak tahulah sama ada aku nih pekerja yng baik ataupun aku nih pengecut.Cukup takut untuk ponteng,padahal tak pernah ponteng pon.Kalau tak cuti, orang cakap aku nih pekerja yang berdedikasi.Tunduk pada cakap supervisor.Haha ape nak jadik jadik lah.Sabtu nih kali pertama aku ponteng kerja.Uncle Anarko cakap janagn kerja.Sebab kerja nih exloitation.Ok.KL here I come.(mintak -mintak akhdan blanje akuh.....hehee)

Monday, May 09, 2005

berjalan seribu batu

sabtu petang harituh buat kali pertama dlm beberapa bulan saye telah turun ke bandar bersama abang Isma.Pergi city square.ramai nak mampos la orang.tapi sabtu kan hari remaja.jadi lumrahlah kat bandar dipenuhi oleh remaja.singgah jap ke kedai muzik box kepunyaan aabang fadzil rock.aku hany a nak amik flyers siksa kubur.sial la.siksa main kat Kl 4 june.time tuh ade gig kat Jb.Fuck On the beach dan vivisick dari jepun.tapi jimbo cakap venue tak jumpe lagi.macam mane nih?

pastuh jumpe la kami dengan ayeh.jumpe gak si dicky ,bigshow dan kengkawan mereka utk spread flyers mereka.aku juga terserempak dgn emmy awek wak kunk. sememangnya di CS nih tidak menjanjikan apa-apa yang menarik.So bertolak terus kami ke rumah ayeh.ayeh sekarang tinggal dgn adek die kat umah yang besar tuh.mak bapak die dok kl la sekarang.kite tengok cite blood in blood out.cite pasal racisme,mob,pride,kongsi gelap.Wan karim mesti suke nih.
pastuh kami gerak ke pusat gim kat taman daya.member ayeh keje kat sini.badan die.mak ai.tough nih.ok.ini kali pertama aku ke pusat gim.mula mula kauyuh basikal.keberatan tayar die 9.semput aku.pastuh berlari.mak ai laju mesin nih aku terkapai kapai.berlari.tup tup 12 minit aku lari 1 kilometer.rekod dalam diri aku yg tak pernah bersukan ni.berpeluh berlinang.aduss......gilo......walauape pon.bersukan mmg penat.angkat benda berat berat.kalo la aku work out tubuh badan aku mesti tough.tapi tubuh badan aku nih kekuranagn protein.okeh...start esok aku pegi angsana jalan kaki jek selambe....

playlist-
audio kollaps-5 Vor 12

Monday, March 28, 2005

dari paksina menuju ke daksina (from north heading to south)

mulai saat in,kehidupan aku akan terhindar dari buku-buku pelajaran dan tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk menyiapkan tugasan yang cukup membebankan kerana selama 3 bulan mendatang, aku akan kembali ke selatan tanah airand having a good holiday.Hujung minggu ini,kugiran dari Jerman,Verge On Reason membuat tour mereka bersama -sama dengan Selfmadegod di Malaysia dan Singapura.hati aku meloncat-loncat tidak sabar untuk pergi ke gig hujung minggu ini.satu jangka masa yang lama untuk aku tidak pergi ke gig di Jb ni.Kolam renang tempat yang si Dicky selalu buat gig pon tak pernah aku datang.Orang cakap gig di Jb paling heboh.Sure heboh punye.

Cuti selama 3 bulan dengan tidak berbuat apa- apa adalah satu perbuatan yang tolol.Aku telah menanamkan hajat untuk menjadi hamba kepada kerja selama manaaku bercuti.Cukup sudah untuk aku bermalas-malasan.Tuntutan hidup yang tidak boleh dipisahkan dengan uang memaksa aku meringankan tulang aku yang dari awal lagi telah disahkan sebagai MALAS. I hate to work but I have to.......