Wednesday, October 18, 2006

Nobeat Dah Tak Nak Cakap ‘Babi’

Dalam bilik. Seorang diri seperti biasa. Menghadap komputer. Lagu, Power of Love oleh Judy and Mary. Noli yang bagi.Atau Yuki lebih cute lagi. Jari-jemari saya dipujuk untuk menari malam ini.


Setelah kian lama tidak menari, jari-jemari itu dipaksa kembali menari di atas papan kekunci. Tapi mereka merajuk. Saya pujuk. Cuba lagi. Tidak menjadi. Sah mereka merajuk. Hanya lima baris, kemudian mereka berhenti menari. Saya risau. Dulu mereka gembira kerana selalu sahaja diajak menari. Selalu sahaja diajak untuk menjaja revolusi. Saya berjanji kepada mereka, kita akan menjaja revolusi hari-hari. Jadi mereka dapat menari. Paling tidak pun kalau tidak boleh hari-hari kita menari dua hari-dua hari ataupun ikut hari-hari yang cerah mentari atau ikut hari yang saya cuti. Tapi apa yang dijanji tidak menjadi. Mampus la saya macam ni. Nasib baik jari-jemari saya tak datang dalam mimpi jadi Leatherface bawa gerjaji, sangkut badan saya di cangkuk besi dan paksa saya menyanyi lagu Hindi. ish, mimpi ngeri. Gile babi.


Malam ini, saya baru pulang dari Restoran Khaleel. Boleh dikatakan yang saya adalah seorang pelepak Restoran Khaleel yang tegar. Sangat hardcore. Hari-hari Khaleel. Istimewa tidak mahu. Berbual apa sahaja. Sambil itu mata memandang kesana kemari. Takut-takut kalau ternampak gadis-gadis yang berkenan di hati. Lagi best kalau gadis itu memegang buku Ayu Utami atau Noam Chomsky. Pakai pula baju Tragedy. Amboi, taste tinggi. Huhuhu. Sudah penat cuci mata dan saya di sini lagi. Di dalam bilik ini. Sekali lagi. Seorang diri.Keseorangan barangkali. Sedih sekali. Teringat kata-kata panel speaker Rahsia Penulisan Kreatif itu hari. ‘Menulis boleh dikatakan sebagai satu terapi’. Memberi penawar dikala kita sedang sakit di hati. Mencuci serta melangsaikan apa-apa yang terbuku dan yang tak termaki. Jadi saya menulis sekali lagi.


Tapi saya tak tahu hendak menulis apa kali ini. Kepala sudah lali. Mungkin mangli. Takpun sudah tidak lagi berisi. Sebab itulah di bulan puasa, makan di siang hari. Apalah. Saya cuma membiarkan jari-jemari saya menari-nari ikut suka hati. Tidak ada topik yang terperinci. Hanya mahu membuktikan teori yang menulis itu satu tetapi. Tapi jammed berkali-kali. Kalaulah saya masuk sayembara puisi, mestilah saya dapat yang paling corot sekali. Sebab semua buah fikiran dah terkunci dalam 'peti besi', dibawa lari oleh lori bawa orang mati. Sebab itu barangkali. Saya cuba berimaginasi.


Ah, saya menyerah. Tak tahu apa nak jadi dengan saya sekarang ni. Jam sekarang pukul dua pagi. Assignment tak buat lagi. Esok pembentangan giliran saya dengan Che Salwa, Wai Peng dan Ahmad Bukhari (Siapa dia ni?). Kalau tak siap, mana nak cabut lari? Saya cadang nak berhenti kat sini.


Eh, nanti!!!


Tiba-tiba saya tersenyum. Nampak gigi. Ketawa tak kering gusi. Hihihi. Ini bagus ni. Lebih bagus daripada menonton pornografi. Takpun lebih bagus daripada buat seks dengan tangan sendiri. Saya gembira pagi ini. Tak sedar dah sampai sini. Sah, memang betul kata panel speaker itu hari. Menulis memang satu terapi. Hihihi.

Wednesday, September 20, 2006

Gig First, Puasa Later!!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

i miss kat awak

Sejam sebelum saya menempatkan punggung saya di kerusi beroda dan mata di depan komputer di perpustakaan ini, saya telah menghadiri satu kelas Interpretasi tanpa ditemani oleh Cik Ila. Mungkin dia lambat, kemudian tidak ada kenderaan. Jadi apabila lambat, perkara yang bernas selepas terkejut akibat sudah lambat ke kelas ialah sambung tidur balik. Jadi saya hanya sorang-sorang bertemankan gadis-gadis bertudung yang selalu cakap-cakap tentang apa-apa yang seronok dicakapkan pada awal pagi.

Kumpulan pembentang membentangkan tentang idea-idea untuk menjadi seorang penginterpretasi yang professional. Tips-tips bagi seorang yang hendak baru menceburkan diri di dalam dunia interpretasi salah satunya ialah kita harus mengikut si penginterpretasi senior dan belajar apa-apa yang sepatutnya. Kemudian idea yang satu lagi ialah kita boleh juga membuat terjemahan percuma untuk komuniti-komuniti masyarakat, masjid, gereja, kuil dan lain-lain lagi. "Hanya untuk pengalaman", orang-orang yang bergaji besar itu kata.

Sekarang sedang berada di bawah tingkat perpustakaan USM, dimana letaknya himpunan komputer berinternet. Dengan koneksyen yang cepat lebih kurang saya menaip dengan malas-malas. Membuka Myspace, menjawab beberapa komen yang memuji gambar baru dengan piring hitam dua belas inci gatefold yang berbandkan Tragedy.

Kemudian saya teringat tentang pembentangan tadi. Ya, tak salah kalau saya mencari alamat email akak Lina Joy. Kemudian minta dia untuk memberikan kebenaran untuk saya menterjemah kitab-kitab suci Bible hanya untuk orang-orang Melayu kita. Wah, idea bernas telah tercetus. Saya cuba bersikap profesional di sini. Jadi tak salah!. Harus ketepikan sentimen yang amat emosional itu. Saya niat ikhlas, saya nak tolong orang Melayu. Hehehe. Siapa kata akak Lina Joy tak bagus? Bagus la dia. Membuka ruang bagi para penterjemah untuk menterjemah. "Hanya untuk pengalaman", orang-orang yang bergaji besar itu kata.

Monday, May 22, 2006

Serabut

Di rumah di Felda Taib Andak ini, saya telah menegatifkan diri saya daripada menjadi aktif. Tidak bersukan,tidak bekerja,tidak menjana kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendek kata saya tidak produktif bila di rumah. Tapi saya telah memastikan bahawa akal fikiran saya sentiasa aktif memikirkan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya. Setiap kali saya membuang air besar ataupun di mana sahaja, saya akan menjana minda untuk berfikir perkara yang sepatutnya atau perkara yang bukan-bukan. Saya menonton TV, membaca buku, menonton berita di TV3, membaca komik Sin Chan, menonton DVD setiap malam, memuja kecantikan Marion 8tv, berbual-bual dengan ahli keluarga secukup rasa dan mengajar anak sedara saya matematik dalam bahasa Inggeris.
Lama-kelamaan, seperti biasa kepala saya akan menjadi serabut dengan pelbagai persoalan dan idea pemikiran. Mahu tidak mahu, saya terpaksa memanifestasikan apa yang saya fikirkan ini ke dalam bentuk medium yang boleh bertahan lama. Tak boleh juga ia bersemayam di dalam kepala hotak ini lama-lama. Saya bukan seorang yang maksum yang mempunyai ingatan yang hebat. Jadi saya fikir adalah baik jika saya memindahkan akal fikiran saya menjadi simbol-simbol yang orang panggil sebagai perkataan. Tapi masalahnya, apabila saya telah terpacak di depan komputer untuk menaip, tiba-tiba apa yang saya fikirkan tadi menjadi kabur dan tidak tersembul menjadi perkataan. Mereka lari lintang pukang tidak mahu keluar dari benak fikiran saya. Adus!!!
Daripada saya mahu menulis benda-benda yang kritis, provokasi, sinikal dan yang boleh menaikkan darah para tukang fatwa, saya hanya dapat menulis perkara-perkara yang santai sahaja yang juga boleh dikategorikan sebagai cerita-cerita semasa. Tak apalah, at least saya masih lagi mampu untuk menulis. Maknanya saya masih lagi mampu untuk berfikir. Hahaha. Masalah bagi seorang yang pemalas yang duduk di kampung ini ialah mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk beraktiviti. Jadi, lebih baik mereka menjadi anak yang pasif. Hati saya meronta-ronta mahu pegi ke kafe siber untuk melihat balasan testimonial yang telah saya hantar kepada seorang gadis ini. Malangnya, Felda Taib Andak yang terkenal dengan Mawinya ini tidak mempunyai kafe siber yang berdekatan. Bahkan di bandar Kulai pun tidak ada. Sial!!!
Sekarang, hati saya sudah gundah gulana. Hal ini kerana wayang Da Vinci Code sudah ditayangkan. Arghhh!!! Saya tidak mahu ketinggalan untuk melihat wayang yang kontroversi ini. Banyak lagi filem-filem yang masih lagi belum ditonton dan acara gig yang melibatkan band-band yang hebat yang akan berlangsung tak lama lagi. Aduhai. Tensen......
Endnote:1.Maaf kepada bung Dhani kerana saya masih lagi tidak mendapat para investor. Mungkin mereka takut rugi. Saya pula tidak nggak ada uang bung. Tapi saya masih lagi mengharapkan Goblog akan selamat dikeluarkan.
2.Dengar Black Sabbath pada waktu malam-malam.
3.Marion 8tv, Daphne Iking, Natasha Hudson adalah modal-modal fantasi saya ketika saya sedang kebosanan di rumah. Hahaha
19 mei

Cuti

Sekarang saya sedang berada di medan percutian sambil tidak belajar apa-apa walhal orang lain buat praktikal selama dua bulan. Dahulu saya akan bekerja secara sambil-sambil sebagai jurujual atau nama lainnya iaitu Eksekutif Pemasaran dan pekerja kilang atau operator pengeluar. Tapi kini, saya masih belum lagi membuat keputusan bertindak untuk membunuh masa saya hingga semester baru buka.

Pada minggu pertama bercuti, ada satu hari itu masa saya dipenuhkan dengan aktiviti rekoding. Ya, rekoding untuk band saya. Penat juga rekod trek demi trak ini kerana saya harus menunggu hingga semua instrumen dimasukkan ke dalam komputer. Ternyata kita tidak perlu untuk menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk merekodkan muzik kita kerana kita sudah boleh melakukannya di rumah tak pun di studio murah di Taman U ini. Murah. Harap-harap hasilnya amat memberangsangkan kerana rekoding tersebut betul-betul telah menguji kehebatan vokal saya. Hahaha.

Semasa saya ingin pulang ke Felda Taib Andak, saya sudah memikirkan bermacam-macam alasan untuk dijelaskan kepada Bapa saya sebab musabab saya masih belum pulang ke rumah sedangkan Siti anak Pak Kamarun siap sudah bekerja kilang lagi. Saya pula masih belum pulang. Mak takkan percaya saya terlibat dengan aktiviti kampus atau aktiviti yang melibatkan universiti. Sesampainya saya dirumah, saya agak lega kerana tidak ada isu-isu yang berbangkit. Mungkin marah mereka sudah reda dek sembahyang-sembahyang yang mereka lakukan. Tuhan betul-betul menyelamatkan saya. Alhamdulillah Hallelujah.

Hati saya tersentak seketika bila adik saya bilang yang abang saya melaporkan kepada mak saya yang saya pergi rekoding. Mampos!!!! Macam mana nak jawab nih? Tak reti nak coverkan adik die la abang saya yang sorang nih.

Mak: Oh, kau pergi rekoding eh? (dengan nada nak marah tak nak marah)

Saya: Err, haah. Tadi pergi rekoding. Alah rileks mak, orang Felda Taib Andakkan artis. Mesti pergi rekoding. Tengok Mawi tuh. Mak die tak marah pun. Hehehe. ( Lepas cakap aku terus ambil tuala dan pergi masuk bilik air untuk mandi, kena solat 5 waktulah lepas ni)

Endnote:

1. Sekarang saya menyokong penuh pada aktiviti mencuri sebab ada fatwa yang menyatakan kita boleh mencuri. Yeah!!!

2. "Kenapa gig grindcore tak boleh buat tapi gig punk rock boleh buat?"
"Sebab owner die punk rock, so gig punk rocklah" jawab Timmy berkenaan dengan Studio Countach yang sudah tidak memberikan kelulusan untuk buat gig ganas-ganas.

3. Tengah dengar L'Arcnen' Ciel nih. Hahaha.

Thursday, April 27, 2006

Benci awak!!!

Hari ini saya menulis lagi. Penulisan saya sangat bernilai. Sangat bernilai hingga saya mahu menulis hingga tiada ruang kosong ditinggalkan. Tapi apakan daya, saya terkongkong dengan masa dan saya hanya seorang manusia yang tidak memperdulikan bahayanya peperiksaan. Jadi saya hanya belajar kurang lebih sahaja. Mungkin saya akan lulus.Mungkin tidak Entahlah. Mungkin saya banyak menonton klip-klip lucah atau banyak sangat mencarut yang menyebabkan saya mudah untuk tidak mengingat apa yang saya baca. Jelas sekali kertas soalan pada hari ini telah menyumbang kepada kemerosotan markah saya dan mendekatkan lagi ke arah kegagalan.

Saya rasa saya tidak keseorangan. Masih lagi ramai kawan-kawan saya yang keluar dari dewan tanpa ada muka yang dicerahkan dengan senyuman. Jadi, buat apa takut. Harapan saya sekarang ialah cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan saya yang hanya belajar di saat-saat akhir.(sebenarnya ini adalah harapan saya setiap saya kali melangkah keluar dari dewan peperiksaan). Tapi apakan daya. Saya merasakan saya tidak mempunyai minat untuk mendalami ilmu yang saya belajar ini.Ia hanya satu rangsangan komunal atau hanya untuk kepentingan awam. Kepala otak saya ini disajikan untuk kesenangan orang awam pada masa depan. Tidak langsung membentuk karakter saya. Jadi segala yang tidak mempunyai kepentingan dalam diri saya bermakna akan dipandang sambil lewa. Jadi saya belajar pada saat-saat akhir dan kemudian dihadiahi dengan mata yang lebam kerana tidak tidur sekaligus bonus topik yang saya tidak bacalah yang keluar dalam peperiksaan.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini, ia banyak mengajar saya untuk bersabar dan mengawal emosi. Ia juga banyak memberikan kebencian saya terhadap mereka-mereka itu. Tidak apalah. Sekurang-kurangnya dengan peperiksaan ini, saya dapat lihat pangkal seluar dalam orang yang di depan saya itu. Huhu.

Endnote:

1. Dah nak cuti ni saya rasa macam akan mengalami banyak kehilangan. Sedihnya.

2. Mogwai datang Singapura. Tiket mahal nak mampos.

3. Saya masih lagi mendengarkan Yellow Machinegun tanpa jemu.

4. Semalam saya menghabiskan masa saya dengan melayar internet, baca buku baru yang bertajuk Sosialisme Religius, dan lepak Khaleel dengan Krol, Pojie dan Dzul dari pukul 5.30 petang sampai 10.30 malam.Patutlah tak dapat jawab soalan. This is really punk rock!!!

5. Kidd dah keje kat McD. Tercapai cita-cita dia akhirnya.Pasnih boleh la pegi travel.

6. Semalam hari jadi Rina My Precious. Haha.

Monday, April 24, 2006

Senyumlah

Orang kata yang ia semacam satu proses input dan output. Seperti kita makan dan kemudian kita berak. Terbeban bila ia belum keluar dan rasa lega bila semuanya sudah dinyahkan dari menghuni bahagian dalam itu.

Hari ini hari kedua saya menduduki peperiksaan. Sudah banyak kali saya menduduki peperiksaan, jadi kiranya saya sudah boleh mengawal emosi saya bila berhadapan dengan kertas putih yang sangat menakutkan ini. Rasanya tiada guna bagi saya berasa takut untuk menduduki peperiksaan. Ia cuma satu pelengkap bagi kita yang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang remaja di negara yang penuh sistem yang sistematik ini. Selesai dengan peperiksaan itu, diuji lagi dengan peperiksaan yang lain. Kita diuji berklai-kali hinggalah 'proses penyulingan' berhasil menyentilkan beberapa 'pekerja' yang penuh dengan rasa 'takut'. Tak tahulah sama ada dia takut dengan ibu bapanya yang akan mengungkit sebab tidak dapat menggulungkan ijazah di depan mereka, atau takut digelar oleh kawan-kawannya sebagai tiada kehidupan yang modern kerana bekerja sebagai guru sekolah di kampung sahaja ataupun takut tidak dapat membayar sewa rumah dan susu anak pada masa depan kelak. Jadi takut-takut dahulu, hari kemudian mungkin kita tidak takut. Mungkin! Ya, mungkin dengan perasaan 'takut' itu barulah kita boleh berjaya. Mungkin!

Kiranya sekarang kita tersepit. Tidak boleh pergi ke mana-mana melainkan terima pa sahaja di depan mata. Tubuh badan kita seperti ditanam ditimbus ke dalam perut bumi dan hanya kepala kita sahaja yang melihat dunia dengan rasa yang penuh rasa. Tidak dapat bergerak ke mana-mana. Kalau ada orang yang mahu kencing di kepala kita, maka kita terima sahaja walaupun tidak rela. Saya rasa ini lah kehidupan yang menjengkelkan. Tapi mahu atau tidak mahu, walaupun telah dikencingi, kita kena senyum. Oh bukan, KITA HARUS SENTIASA SENYUM.Muaahh!!!

Endnote:
1. Saya lagi mendengarkan lagu-agu hebar daripada band-band Yellowmachinegun, Kill The Client dan Necrophagist

2."Mesti kena menulis. Kan menulis itu menerangkan apa yang kita fikir, jadi mereka yang tak menulis itu adalah mereka yang tidak berfikir!!!"

-kata-kata nih saya quote dari Akhdan. Akhdan plak quote dari Hishamuddin Rais. Menulis lah!! Tulis kat testimonial Friendsetr saya pon takpe

Sunday, March 26, 2006

Saya Pening Kepala

Saya sudah makin bosan dengan perangai saya yang tidak mahu melakukan apa-apa melainkan bermalas-malasan sepanjang hari. Mujurlah ada kerja yang menimbun, boleh juga saya menyibukkan diri walaupun kerja-kerja tersebut telah mendapat berbakul-bakul makian daripada saya. Saya kini berseteru dengan semua tugasan saya.

Kali ini, saya tidak menspesifikkan apa-apa topik dalam entri saya. Atau mungkin pada entri kali ini sahaja yang saya malas ingin memikirkan secara dalam-dalam untuk mengeluarkan........


Aduh, saya tergamam seketika. Minta maaf. Tiba-tiba sahaja pemain mp3 ini yang dirandomizekan listnya memainkan lagu Poser Disposer yang bertajuk Drop That Shit. Saya terus mengalihkan tetingkap Notepad ini kepada tetingkap Winamp untuk menghangguk kepala naik turun naik turun mengikut irama Poser Disposer ini. Ah, sial. Saya harus menukar deretan lagu saya dengan lagu Sigur Ros agar diri saya boleh memfokuskan dengan apa yang saya sedang lakukan sekarang iaitu mengupdate blog dengan menulis entri yang baru. Lagu Yellowmachinegun juga harus dihindari semasa anda sedang menulis blog kerana ia juga akan mengganggu perhatian anda semasa menulis.
Baiklah, saya sudah kembali ke pangkal jalan. Sememangnya saya sudah banyak kali terghairah untuk menulis tentang apa-apa yang saya ingin luahkan atas skrin monitor anda semua. Tapi apakan daya, saya ini adalah jenis Melayu yang tipikal. Mungkin sudah disumpah agar Melayu itu akan terus layu. Nah, blog saya tidak terupdate sekian lama. Jadi, sementara ada masa lapang yang dipenuhkan dengan tahi mata. Ada baik saya menulis. Kesal sungguh saya dengan diri saya yang malas ini.


Saya yang tidak tahu bagaimana mahu menghamburkan kemarahan saya agar orang tahu yang saya ini marah. Mungkin sebab saya selalu sahaja menguntumkan senyuman barangkali juga sebab itulah saya susah sangat nak marah. Ada satu masa ketika saya sedang berpusu-pusu untuk bergerak ke dewan kuliah, saya terserempak dengan seorang kawan. Dia ini saya hanya kenal gitu-gitu sahaja. Tidak lebih dari itu. Nama dia pun saya tak tahu. Jadi saya hanya mengangkat tangan melambai kepadanya sambil berkata 'hai'. Dia juga membalas seperti apa yang saya lakukan. Dan saya teruskan perjalanan saya. Tapi, saya terberhenti seketika. Merasakan ada satu yang tidak kena pada budak itu. Babi, dia pakai baju Depress. Ah, sial. Patutlah baju Depress saya tidak dijumpai lagi. Baju itu sudah hilang daripada pandangan saya selama beberapa bulan dan ia muncul kembali tetapi sang pemakainya bukan lagi saya.Sedih. Sudah tentu baju itu tidak suka dengan tuannya yang baru itu yang saya pasti tidak tahu apa-apa tentang Depress apatah lagi mahu sing along lagu hit mereka iaitu Sejahtera. Sial. Saya terus berlalu pergi takut ketinggalan kuliah.


Saya sudah menjadi seorang yang ketagihan internet. Tapi tak pula ketagihan update blog. Saya tidak pula ketagih informasi-informasi terkini yang boleh membuatkan saya menjadi seorang yang up to date. Tak pula ketagih untuk dikenali oleh ramai Geng Jurnal. Pelik juga rasanya. Tapi itulah, setiap hari hidup saya perlu disulami dengan melanguk di depan komputer yang mempunyai Server Connection yang tidak lembab. Internet cuma pelampias rasa penasaran saya terhadap Friendster, Myspace dan juga berbual-bual di utusan YM dan MSN. Perkara yang tak kurang pentingnya juga yang saya kerap lakukan di depan akses percuma internet ini ialah memuat turun lagu kegemaran saya. Saya seorang maniak Soulseek. Saya pernah berbual dengan lineup kumpulan thrash yang pernah meriliskan material di bawah Rekod Label 625 iaitu XBRAINIAX. Tak percaya saya. Lupa nama dan posisinya tapi dia amat sukakan Secret Seven. hahaha.


Semasa saya menulis ini, terdapat sebanyak kurang lebih 4 hingga 5 tugasan yang saya perlu siapkan. Perlu dituntaskan kesemuanya sebelum Isnin yang akan datang menjelang. Saya masih lagi tidak mempunyai rasa ketakutan yang amat sangat terhadap benda alah yang dipanggil 'assignment' oleh kawan-kawan saya ini. Yang pastinya, tugasan-tugasan saya tidak pernah sempurna. Bibliografi tidak diletakkan sebagai tanda saya tidak membuat rujukan yang kritis kerana tugasan di saat-saat akhir atau 'last minute' kata orang. Tapi saya tidak pernah plagiat. Saya yakin dengan kepala hotak saya. Jadi buat apa saya menyalin tugasan-tugasan yang dibuat oleh manusia-manusia tipikal itu? Ternyata perbuatan itu akan merugikan saya.


Ah, sudahlah. Saya sudah tidak tahu untuk mengutak-ngatikkan lagi kata-kata. Makin banyak saya menulis, makin banyak hal-hal peribadi saya yang kamu tahu. Saya akan merepek tidak tentu hala dan entri ini akan jadi panjang dan kamu akan bosan. Saya berhenti di sini. Saya mahu membasuh baju pula. Hahaha. Si pemalas membasuh baju. Pelik bukan? Ironi sungguh. Saya yang pemalas ingin melakukan kerja-kerja yang memerlukan pergerakan otot yang konstant selama beberapa lama yang pastinya akan digelar 'rajin' oleh rakan-rakan nanti. Ah. Apa-apalah. Pikiran saya sudah tak menentu. Salam dari saya. Babai.


Playlist:-
Yellowmachinegun-Beanball,Poser Disposer,SMAP (lagu yang bebudak Nanzan nyanyi),Sigur Ros,Shima Uta,Sex Machinegun- Samurai No7,Hellacopters- Everyhing is on TV-by the grace of god,Sukiyaki song.

Thursday, February 09, 2006

Aku masih lagi ADA, tapi aku sudah mati

Pepatah lama-lama yang sudah jadi cliche ada mengatakan yang hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah. Kadang-kadan kita bergerak ke depan dan kadang-kadang kita bergerak ke belakang. tapi bila roda dah tak ada bunga nya, sudah botak semuanya, maka roda itu akan berhenti daripada proses perjalanan di atas 'jalan raya' ini selama-lamanya.
Sudah cukup 2 dasawarsa roda yang bercapkan Nobeat yang berasal dari Felda taib andak ini menghenyak 'jalan raya' yang luas ini dengan seadanya. Sekarang, roda ini terdampar sayu di Pulau Pinang. ADAnya aku di sini dengan satu harapan. Harapan untuk menyaksikan kegembiraan di mata orang yang mengharapkan aku agar merealisasikan harapan menggunung mereka sebagai ibu dan ayah. Aduhai, janganlah mengharap sangat. Aku terbeban dengan harapanmu wahai ayah bondaku.
Bila ngomong soal keberADAan aku di Pulau Pinang ini, aku yang ternyata sekali masih lagi ADA. Masih lagi ADA di mana-mana yang orang boleh melihat aku dalam keadaan ADA. Tapi, keberAdAan aku tak bermakna jiwa aku juga berADA. Jiwa aku penuh dengan kekosongan walaupun penuh dengan input-input yang harap-harap berguna. Jadi, walaupun aku ADA, aku dah MATI. Dibunuh oleh satu fenomena yang dahsyat. Semua ini gara-gara HARAPAN itu lah. Aku dibunuh oleh KESIBUKAN. KESIBUKAN yang tak membenarkan atom-atom malas menjalar ke tubuh aku kerana aku harus merealisasikan HARAPAN itu. Tapi tanpa aku sedari, kesibukan yang telah membuatkan aku hampir tak bernafas ni sedikit demi sedikit telah melahirkan bibit-bibit keMALASan itu. Oleh kerana kesibukan yang menyibuk untuk mengganggu hidup aku, aku telah menjadi malas untuk membaca buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground yang msih lagi berbaki 13 muka surat untuk khatam. Aku malas untuk bertanyakan khabar kawan-kawan yang berada jauh di pelosok mane aku pon tak tahu. Aku malas untuk menulis bait-bait lirik untuk kumpulan handalan thrashcore yang didiktatorkan oleh nafsu-nafsu binatang mereka sendiri dan yang paling menyedihkan, aku malas nak update BLOG nih.....Aku dibunuh oleh keSIBUKan. Sial!!!
Endnote:
1. DVD Slayer telah membuatkan aku tidak mendengar lagu-lagu lain.....
2. Aku menulis dengan keadaan yang memenatkan. Jadi idea pun tak keluar dengan tuntas.
3. Aku malas. Please kill me!!!!

Monday, January 23, 2006

Mari Kita Berzikir

"Nobeat, baguslah awak ni, suka sangar berzikir setiap masa", kata seorang kawan aku yang dirahsiakan identitinya.

"Eh, tak adalah, mana kau tahu ni?" kata aku sambil membetulkan rambut dengan menggunakan tangan kanan.

"Yalah, tadi awak cakap 'bodoh sial' pada saya, lepas itu awak maki handphone awak sebab tak ada coverage, lepas tu pula awak sebut perkataan F berkali-kali bila awak baca mesej kawan awak yang suruh awak belikan roti telur dan teh ais bungkus guna duit awak dulu. Hah, tengok. Awak memang suka berzikir. Tapi zikir awak tak dapat pahala. Dapat dosa adalah." jelas kawan aku.

Sial!!! (sah aku selalu mencarut). Malu jugak bila ditegur sebegitu rupa. Rupanya sedar tak sedar aku memang selalu mencarut. Aku selalu membabikan apa-apa sahaja disekitar aku. 'Bodoh sial' merupakan entri kata yang menduduki tempat yang paling atas dalam kekerapan perkataan yang keluar daru mulut aku setiap hari. Minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung bila aku berbual dengan dia, aku melafazkan kata-kata yang pastinya akan membuatkan ayah korang melempang mulut korang bila mengucapkan perkataan tersebu dihadapan mereka.

Mencarut datang bersama-sama dengan emosi kita. Ia separallel dengan perasaan yang sedang kita alami. Seiringan, seirama dan masing-masing sudah berjanji tidak mahu berpisah. Jika terpisah dan digantikan dengan kata-kata yang mesra tutur cakap, sahlah si penuturnya terkongkong dengan nilai-nilai murni negara Malaysia. Dapat dibayangkan yang si penutur itu mestilah cukup bersopan santun, selalu gosok baju sebelum pergi ke kelas dan hanya mengucapkan perkara-perkara yang baik di depan gadis-gadis. Malangnya aku bukan seperti itu. Barangkali aku selalu menonton filem barat yang banyak menggunakan perkataan carut-marut di dalam pertuturan mereka.

Hari ini, aku mencarut lagi. Mencarut bukan kerana hati ini dilukai oleh seorang gadis yang tidak memberi kebenaran untuk duduk disebelahnya, bukan kerana aku dimarahi penolong penggawa sebab gantung seluar dalam di luar tingkap tapi aku mencarut sebab aku terjumpa sesuatu yang aku tunggu-tunggu sejak semester lepas lagi. Babilah!!!! (tengok, mencarut lagi!!!!! siallah....)

Pada semester lepas aku hanya dapat membaca satu sahaja karya Ayu Utami iaitu Saman. Bukunya yang satu lagi iaitu Larung masih lagi dalam proses terakhir sebelum ia berada di rak buku bahagian Malaysiana di perpustakaan. Hari ini aku mencarut sebab Ayu Utami. Hari ini aku dapat membaca, meminjam, meneroka kehebatan penulisan Ayu Utami dan dapat memuaskan nafsu aku terhadap Larung ini. Larung ialah lanjutan bagi Saman. Bila aku selak muka surat pertama buku Larung itu, aku mencarut. "Holy shit! macam manalah dia boleh buat ayat macam ni?" "Pukimak!!!!! Apsal lah aku tak boleh buat bait-bait kata macam dia nih???""Butolah Ayu Utami, plot cerita membuatkan aku bernafsu membaca lagi"."Sial!!! cara pakai sarung tetek pun dia cerita detail nak mampos....arghhhh"

Lantas aku terus meminjam buku Larung tu. Nasib baiklah budak-budak Usm ni tak tahu pasal Ayu Utami, tak tahu tentang Komunitas Utan Kayu, Islam Liberal pun mereka tak pernah ambil peduli.Kalau tak, terpaksa aku menunggu giliran yang tak tahu bila akan sampai pada aku.Hahaha. Terima kasih kepada semua. Teruskan usaha memenuhkan kelab-kelab malam, pusat karaoke, restoran multinational dan kompleks membeli belah. Tak usah hiraukan tentang dunia yang cacamarba ini pentingkan perihal diri sendiri terlebih dahulu yah.

Aku amik petikan teks dalam Larung sebagai penutup entri aku. Petikan ini didedikasikan khas kepada mereka yang berjuang habis-habisan memerangi kekorupsian mereka-mereka yang berselindung disebalik senyuman yang prorakyat kononnya.

"Kemudian aku bertemu dengan sang bapak di pendopo dan ia menyilakan aku duduk lalu menyodorkan secarik kertas yang baru saja ia tuliskan:

Di tempat ini orang tidak berbicara. Cuma anjing yang bersuara!

Aku diam sebentar.

Aku mengerti. Lalu kutulis di kertas yang sama: Tapi saya mendengar suara burung.

Lalu ia memperbaiki: Di tempat ini orang tidak berbicara cuma anjing/burung yang bersuara.

Aku membaca catatan itu dan menjawabnya: Bukankah kita sedang berbicara meski tak bersuara?

Kuserahkan balasanku dan ia manggut-manggut tetapi seperti tidak menemukan jawaban.

Setelah lama menunggu, kutarik kembali kertas iu dan kukoreksi sebab aku tahu apa yang ia maksudkan :

DI TEMPAT INI ORANG TIDAK BERSUARA DAN ANJING TIDAK BERBICARA

(setahuku anjing menggonggong)..."

Saturday, January 07, 2006

Bodoh Lagi Membodohkan

Aku mula berasa bangga dengan diri aku kerana sudah kerap bangun awal pada waktu pagi. Kekerapan itu juga telah berlaku pada hari ini. Bangun dengan semalas-malasnya, seperti orang yang tak sanggup untuk berhadapan dengan hidup yang akan datang dan kemudiannya duduk termenung ke arah sekujur tubuh yang sedang enak diulit mimpi. Sekali sekala nampak dia menguntumkan senyuman dan menyelukkan tangan kanannya ke dalam bahagian depan seluarnya. "Mimpi basah agaknya dia ni", ujar aku.

Fitrah manusia yang baru bangun daripada tidur akan pergi ke tandas bagi menunaikan hajat. Aku masuk ke dalam satu bilik dan terus mencangkung. Pada masa itu, aku dapat merasakan sesuatu yang melalui dalam usus aku dan tiba-tiba keluar jirim pepejal yang tidak diinginkan oleh badan aku. Setelah selesai, kembali semula ke dalam bilik. Terjumpa senaskhah suratkhabar dan aku terus tersenyum. Terpampang di muka depan gambar sekumpulan polis sedang melambaikan tangan mereka sambil tersenyum lebar. " Azam baru ke nih?".

Selak mukasurat pertama. WARTAWAN MAKAN NAJIS. "Biar betul?", getus aku. Selak lagi. AHMAD NAUFAL DAPAT 9A DALAM PMR SEBAB MAKAN KISMIS. Tersenyum aku. Selak lagi dan lagi. BOGEL PELUK PASANGAN, FARAH TAHAN LAPAR MAHU CANTIK, SAYA CUMA MINTA CD MAWI. "Ah, cukup!!!!" Rupanya aku dah tak payah membazirkan duit aku untuk membeli majalah hiburan yang agak mahal selepas ini. Sekarang, hanya Rm1.20 kita sudah boleh berhibur dengan Harian Metro. 100% terhibur.

Bukan sahaja terhibur, malah otak selepas itu akan susah untuk menjanakan idea yang baik berikutan pembacaan Harian Metro yang melampau. Susah juga nak menulis. Sial!!! Suratkhabar ini telah membodohkan aku. Aku terus pergi mandi dan bersiap untuk ke perpustakaan.

Endnote:
1. Tengah baca buku Ken Kesey - Sometimes A Great Notion.

2. Tengah dengar BBQ Chicken, From Monument To Masses, Neon BLonde, Toxic Holocaust, Celtic Frost, Pelican, Avskum, Flesh Disgorged.

3. Metro, TV3, Mastika dan semua media massa macam pukiwak. Mengapa menggunakan MORAL sebagai satu bahan berita? Supaya menampakkan kamu di pihak media lebih bersunat dari yang lain?

4. Kalaulah gig yang kena serbu tu tak kena serbu, tentu kaya raya si Dicky tuh. 400 orang yang datang siak. Tentu buat duit punya.

5. Aku selalu makan tak bayar kat Khaleel. Takde duit doh.

Sunday, January 01, 2006

2006

Nampaknya umur bagi dunia yang penuh carut-marut dengan banyak persoalan di dalamnya ini sudah berumur 2006 tahun pada hari ini. Tapi umurnya yang 2006 itupun setelah Jesus lahir ke dunia ini. Barangkali umur si Bumi ini lebih tua daripada itu. Dengan anagka 2006 yang akan tercatat di mana-mana resit, mana-mana papan hitam dan di mana-mana tempat yang boleh menerangkan tarikh pada hari ini, maknanya buku catatan diari yang baru harus dibeli, dalamnya nanti akan dicatat apa-apa yang bakal berlaku pada tahun ini.
Bagi aku, ya, baku aku sendiri tahun ini bakal mencabar kewibawaan aku sebagai seorang pelajar, dijangkakan beban kerja semakin berat dan masa untuk berleha-leha agak kurang. Perangai aku yang suka bermimpi mimpi-mimpi yang kosong harus diluputkan. Sebagai seorang pemimpi yang berani, harus diealisasikan mimpi-mimpi itu agar hidup lebih bermakna dan bukan hanya sekadar mimpi belaka. Dan harap-harap karekter bagi mimpi-mimpi basah aku pada tahun ini terdiri daripada jenis yang ultra cantik dan super ' tak boleh tahan punya' perempuan. Hehehe...
Satu mimpi yang harp-harap dapat dijadikan kenyataan ialah pergi ke Indonesia. NOw, everyone can fly meh, so i want to fly too lor. Mungkin bagi mereka ynag selalu travel akan berkata. " Hek eleh, nak pergi Indonpun nak cerita kat orang ke?" Trip ke Indon aka lebih fun lagi bila kita menggunakan duit hasil titik peluh sendiri dan pergi dengan kawan-kawan. Pergi dengan keluarga dan guna duit mak bapak tak rock langsung. Jadi, aku harus mencari duit untuk tujuan itu. Cross my finger.
Azam saya pada tahun ini ialah untuk tidak berazam apa-apa pada diri sendiri. Menyusahkan. Saya cuma mahu hidup seperti apa yang saya mahukandan tidak mahu orang lain mencorakkan untuk saya. 'Tangan' merekapada saya amatla tidak kreatif dan hanya mengikut corak yang terdahulu daripada mereka. Sayakan ada tangan sendiri, jadi saya kan mencorakkan hidup saya seperti mana yang saya mahu. Selamat Tahun Baru.
Endnote:
1. Abah, Selamat hari jadi yang ke-61 hari ni. Aku tak pernah ucapkan selamat hari jadi pada bapak aku mungkin sebab aku rasa lelaki memang tak pernah ucap selamat hari jadi kat bapak dia.
2. Awek-awek memang meriah pada malam tahun baru. Terima kasih kepada mereka.