Monday, December 13, 2004

ini buku saya...jangan curi!!!!!!!!!!

Kepandaian apa yang aku peroleh dari bilik kecil ini?Kerusi yang aku labuhkan punggungpon tak pernah panas barang seminit dia.Cuma tilam yang separa empuk ini menjadi tempat untuk aku bermalas – malasan hingga lupa untuk bersolat.bahan bacaan pula cukup sedikit dan cukup picisan.Cuma buku Panduan Menterjemah karya Ainon Ahmad sahaja yang terdapat diatas meja yang bersepah ini.Tak tahu pula aku dari mana datangnya motivasi untuk aku membaca.Kalau dulu aku selalu baca komik dan surat khabar bahagian sukan.Sekarang nafsu untuk membaca membuak-buak.Malangnya aku bukan seorang yang punya uang yang banyak.hendak masuk ke tandaspun mintak kawan dua puluhsen.

Mujur sekarang aku masuk USM.Aku bergelar mahasiswa.tapi takde orang yang panggil aku macam tuh.Orang suka panggil student aje.Same macam kat matrik dengan sekolah menengah.Takde istimewanya.Library sudah menjadi tempat yang selalu aku kunjungi.Aku datang ke sini sama ada untuk belajar,buat assignment,main internet dan tido.Cuma yang aku tak pernah buat kat library nih ialah bertemu janji dengan seorang gadis.90% kegiatan aku kat sini ialah membaca.Aku cukup berpuas hati dengan library Usm nih.Buku banyak gile.Banyak topic yang boleh kita cari dan selidiki. Kadang – kadang kepala aku jadi pening bila banyak buku.

Kunjungan aku ke library selalunya tidak berteman.Aku seorang –seorang.Tiap –tiap hari.Bukan tujuan aku untuk menujukkan kepada gadis-gadis Usm bahawa aku seorang yang rajin.tapi selalu jugaklah aku terdengar sekumpulan gadis- gadis berbisik bisik riang.Diorang cakap pasal aku.Antara perbualan yang dapat aku tangkap ialah.:

“Rajinnya mamat sorang nih selalu sangat aku nampak die pergi library.Boyfriend aku kalau waktu-waktu macam nih mesti tengah tidur.Bestlah sape jadik makwe die.”

“Eleh,die nih bukannnya bace buku.Selalu sangat aku nampak die tidur kat belakang sane.”

“Comel jugak mamat sorang nih”

Sekarang aku lagi membaca karya karya Pramoedya Ananta Toer.Selepas si Akhdan Suara Anak Muda Cakap pasal si Pram nih aku terus korek semua pasal mamat nih.Ternyata library Usm nih ade simpan karya karya beliau.banyak plak tuh.Buku-buku yang aku telah baca ialah Keluarga Gerilya dan Bumi Manusia.Waduh seru banget deh!!!
Keluarga Gerilya menceritakan tentang keluarga pada zaman penjajahan kat Indon dulu.Bagaimana menderitanya mereka dipaparkan dalam novel ini.Tiada uang dijualnya satu-satunya baju untuk dipakai.Ibu jadi gila.Gadis –gadis dirogol.Dalam setiap revolusi,mesti ada pengorbanan.Hinggakan membunuh ayah kandung sekalipun.memang sedih cerita nih.

Aku juga ada membaca karya George Orwell dan Noam Chomsky.Semuanya ada kat library nih.Kadang kadang buku untuk pelajaran aku tak sentuh pun. Aku cuma baca buku –buku yang aku ingin baca.Lepas nih aku nak baca buku banyak-banyak agar boleh aku muntahkan ilmu-ilmu yang aku dapat melalui penulisan.Aku tak pandai sangat menulis nih.Ayat –ayat tak cukup power.Cume blogspot ni ajelah sebagai medan untuk aku ‘berkarya’.hehehe.

p/s: aku sedang mencari buku Big Breast Wide Hip karya Mo Yan. Siot ah mahal nak mampos aku tengok kat Amazon.com. Sabo jeklah.

Waktu aku menulis coretan ini aku sedang mendengarkan: Carburetor Dung,Lucy In The Loo,The Cure.

Saturday, October 30, 2004

estetika kebosanan berulang

kebosanan telah menjadi tema aku pada minggu ini.Aku diarahkan untuk stay back untuk menyiapkan kerja pada waktu cuti ini.Duduk dalam bilik sorang- sorang tanpa berbuat apa - apa .Mundar- mandir ke depan , ke belakang, ke kiri, ke kanan.Duduk di kerusi, baring di atas lantai.Berfantasi hingga menaikkan nafsu shahwat.Akhirnya terus mendakap tubuh d atas katil untuk tidur.Mujur aku tidak beronani.Roomate aku pada waktu cuti ini balik untuk shopping Deepavali .Esok dia nak buat maruku pulak.Penghuni yang tinggal cume beberapa kerat jek .Semua dengan tugas masing - masing termasok aku.Orang lain sedap berbuka puasa dengan famili aku still lagi berbuka sorang - sorang.Tahap kebosanan aku pada waktu malam- malam yang sepi semakin menumcak.Selain memaksa diri aku untuk tidur beberapa kali aku telah merayap sekitar bilik-bilik kosong yang tiada penghuni.Penghuni bilik semua enak tido di kampung.Tinggal aku sorang - sorang kat sini .Esok, pagi - pagi, harus bangun dan terus ke pejabat Unit Suka untuk melakukan kerja- kerja yang masih belum siap.Aku cuba lari dari kebosanan yang setia menemani aku saban hari.Aku telah mencipta penjara untuk aku sendiri mendiami nya.Aku mesti keluar dan menghirup udara yang baru .Kepingin bener aku untuk peroleh hidup yang bermakna

Monday, October 11, 2004

mencuri masa....

Satu kumpulan dari KL iaitu kumpulan yang selalu buskin di BB pada setiap malam dengan menggunakan alatan tradisional telah datang ke Penang.Destinasi pertama mereka ialah di Usm penang.Mereka membuat persembahan untuk satu pertunjukan teater digital anjuran pelajar Usm sendiri.Mereka telah memukau pelajar Usm dengan alunan didgeridoo yang lunak dan paluan gendang yang sungguh asyik dan alatan yang lain.Aku telah datang ke tapak teater ini untuk berjumpa dengan Zeezam sambil memenuhi permintaan rakan untuk datang ke teater tersebut.Tak sangka mereka membuat pesembahan di sini pula.Barisan pembuskin sangat tidak aku kenali kecuali pengetuk satu alat seperti kayu beroti iaitu saudara Zeezam.Watak zeezam pun tak kurang hebatnya.Siap ajar awek cun lagi tuh.Jealous aku.Kedatangan kumpulan ini ke Penang selama seminggu.Mereka akan buskin di mana – mana tempat yang sesuai.Destinasi pilihan mereka selepas ini ialah Batu Feringghi.Perkara menarik yang aku dapat semasa kedatangan kumpulan ini ialah keseronokan travel.Dari KL,mereka sampai Penang pada awal pagi.Mereka telah pergi ke Gurney drive dan Padang Kota dengan berjalan kaki sahaja.Mereka berjalan kaki selama lima jam untuk sampai ke destinasi.Cukup kagum aku dengan mereka.Mereka menumpang di rumah kawan malam mereka sampai di sini dan akan bertolak ke Feringghi kemudian hari.Selepas itu duduk di tepi jalan sahaja.Selama seminggu buskin di Penang.Satu pengalaman yang menyeronokkan.Keinginan aku untuk travel semakin membuak- buak.Melihat tempat orang,berjumpa dengan kawan-kawan.Scene kita telah memberikan kita pluang untuk travel dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.Cukup dengan mengenali kawan – kawan di satu tempat dan kita boleh menginap di sana.

Pada saat ini, keghairahan aku terhadap seni semakin memuncak.Dengan melihat kumpulan dari KL ini buskin buat kali keduanya.Terasa ingin mencuba untuk meniup didgeridoo tapi tersangat malu.hehehe.Tapi akhir sekali aku dapat juga meniup didgeridoo itu.Aku telah bersemuka dengan ramai pelajar seni dan telah berbincang tentang hal kesenian.Aku mula jatuh chenta kepada seni.Tayangan teater digital pada masa itu juga telah membuatkan aku terkesima.Teater digital ialah satu teater yang ditonton dengan menggunakan projektor.Lakonan mereka telah dirakam.Tapi bolehkah teater digital ini dikatakan sebagai sebuah filem?Kekerapan aku menonton teater amat kurang.Kali ini aku telah berpeluang untuk menontonnya.Mungkin teater ini bukan pada tahap professional dan pembikinannya low budget serta diy,tapi aku amat suka dengannya.Teater yang bertajuk Jebat dan satu lagi ialah Mayat.Aku amat menyukai teater Jebat kerana sungguh thought provoking dan membuatkan aku tak kering gusi ketawa.Jebat adalah hasil tulisan Hatta Azad Khan.Aku rasa penulis ini cukup dikenali Cuma aku sahaja yang tak mengenalinya.Jebat menceritakan tentang kisah Hang Tuah yang ingin membunuh si Jebat.Tuah tetap dianggap sebagai wira Melayu dan si Jebat pula si penderhaka.Tetapi teater ini menceritakan Jebat telah membunuh Tuah.Cerita ini amat bertentangan dengan sejarah.Biarkan sejarah dengan faktanya yang kita tak dapat ubah sama sekali.Pada aku, Jebat adalah seorang pejuang yang tulus.Menegakkan kebenaran dan mempunyai semangat setiakawan.Tuah pula ibarat anjing belaan Sultan pada masa itu.Buat apa patuh dengan ketua yang mementingkan diri sendiri? Tuah tolol.Teater yang satu lagi iaitu Mayat amat membosankan.Tetapi ada unsur-unsur lawak.Sungguh menarik.Cerita Mayat ini juga membariskan seorang pelakon yang amat aku kenal iaitu saudara Fahmi.Kawan-kawan dari KL juga mengenali Fahmi ini.Beliau bermain untuk Fastgame.Sayang, Fahmi tak dapat datang kerana berada di KL.Lucu sungguh pabila Fahmi menunjukkan aksi – aksi lawak yang terus menggeletek aku supaya terus ketawa.Tak sangka.Malang bagi Fahmi kerana kawan- kawan scene dah tengok dia berlakon heheheh…

Kedatangan kumpulan buskin ke sini ialah untuk melihat keindahan Penang ini dan meninjau perkembangan Food Not Bombs disini serta beberapa tujuan lain.Malang sekali kerana Food Not Bombs sudah tidak aktif seperti dulu.Masalah dalaman yang sungguh runcing telah memporak-perandakan Food Not Bombs disini.Komitmen, tempat serving dan bermacam lagi agenda yang perlu diperbetulkan agar ia kembali aktif.Selepas raya,kawan – kawan dari KL bercadang untuk mengadakan satu workshop disini.Satu berita yang baik.Masalahnya sekarang ialah tiada penggerak.Mereka yang rela hati untuk menganjurkan aktiviti di sini sepertinya tiada.Antara aktiviti workshop yang ingin diadakan ialah permasalahan gender,kolektivisme dan subversion.Wah…cukup menarik.Jadi, tak sabar untuk menantikan saat ini.Aku jarang pergi workshop dan bengkel yang banyak memberikan ilmu dan input yang berfaedah.Workshop adalah satu alternatif lain aktiviti scene selain gigs.Gig adalah satu tempat untuk berseronok- seronok, berjumpa dengan kawan,membeli belah dan menunjukkan baju baru.Gig selalu diadakan tetapi workshop pula dipandang sepi.Kita masih gagal untuk membentuk satu komuniti yang cintakan ilmu dan membaca.Masalah ini berlaku di seluruh malaysia dan semua sepertinya tidak bimbang tentang permasalahan ini.Gaya hidup hedonistik atau keduniaan telah menjadi pilihan ramai orang.Pilihan ada dalam tangan kita.Mahu berubah atau lihat orang lain yang berubah.Terserah

Monday, September 20, 2004

kebusukan

Mungkin selama ini, setelah berjauhan dengan mak bapak di kampung, kebebasan saya tidak tersekat.Dulu jika mahu keluar ke bandar harus mencipta berjuta juta kisah dongeng agar mak bapak percaya tapi kini,mahu buat apa ikut suka,mahu buat dosa terserah.mahu buat pahala teruskan.Kini, diri saya terus ke arah Hedonistik.Keduniaan yang amat sangat.Materialistik.saya amat malu jika mengenakan selipar Jepun apabila ke bandar.henpon saya kini bergelar henpon yang bakal membunuh anjing anjing gila kerana terlalu berat dan bagus menjadi alternatif bagi batu.saya amat malu dan berazam untuk beli henpon baru pabila turun ke bandar metropolitan Kuala Lumpur nanti. Saya juga seorang trend follower.hidup si USM harus STYLO MYLO.bila bergaul harus pandai berjenaka dan open minded.di sini, lelaki yang naik bas itu seperti gadis gadis dan masih lagi tidak macho.jadi saya masih lagi kebudakkan malah keperempuanan.saya suka lihat kejelitaan gadis gadis USM perkara pertama untuk mencari pasangan bukan lagi di hari tapi dari penampilan harus lawa dan pandai bergaya.aset mereka harus MANTAP dan apabila berjalan penuh dengan keyakinan Mereka yang STYLO di beri perhatian yang lebih mana tahu boleh dibuat berkawan.Bila mendengar cerita EMO dari rakan rakan, sepertinya baik budi pasangan itu dilupakan.Mereka bilang,kita harus punya uang yang banyak dan perlu memberikan hadiah rantai berlian bila tiba harijadi kekasih.tidak lupa untuk menyambut Valentines day agar nampak lebih romantis.selepas itu,clash kerana sudah bertemu dengan yang lain ketidakserasian pula yang timbul.CINTA PEMBODOHAN

Sikit sikit dunia saya menjadi sekular.mengenepikan agama dari life dan politik seorang manusia.Tiap hari selalu sahaja buat buat lupa sesuatu yang WAJIB.selalu sahaja memberi alasan yang tak munasabah bila berdepan dengan sesuatu yang WAJIB.akhir sekali jiwa saya kosong jadinya.tapi itu tak menjadi masalah buat saya kerana pada pilihanraya baru baru ini saya memilih PMI (Persatuan mahasiswa Islam) agar hidup saya akan dipimpin oleh meraka.Sepertinya PMI menang election.Jadi mereka harus mengisi jiwa saya yang kosong ini dengan sesuatu yang bermakna.Seringkali memandang sepi tentang hal ini parah juga.Heh ..biar masa yang menentukan (saya cuba untuk lari dari tajuk).Memang betul.Tak payah pikir susah susah.ia bermula dari diri kita.jadi tak payah membebel panjang panjang.

Harituh pegi tengok kengkawan jamming kat bandar.wah emo gile.sekarang semua dah into ALEXISONFIRE,POISON THE WELL, FINGERPRINT punye style.malah playlist saya pun ala ala screamo gitu.saya sekarang tengah dengar Dead By Six.muzik mereka sungguh emo.saya amat tertarik dengan mereka bila saya berkunjung ke singapura time Relationshit main di sana.Itu pertama kali saya bertandang ke singapura.mendengarkan alunan irama musik Dead By Six membuatkan saya terpana dengan musik mereka.malah kengkawan pun mencadangkan supaya saya dengar ALEXISONFIRE.Jatuh chenta saya dibuatnya.seperti saya jatuh chenta pada si H*****H dan si I****A.Begitulah seadanya.Harap kawan kawan saya dapat main dalam gig agar musik mereka dapat diketengahkan.band nih memang best gile la.Vokal si Edd dengan K-rol harus dimantapkan lagi la.baik korang gi jerit dalam kolam.Baru suara tuh boleh scream ala ala Fingerprint.Itu skill komander kawad untuk bagi suara kuat time beri kommand.

Tak sangka saya telah pergi ke satu wacana keagamaan yang bertajuk ISLAM LIBERAL.Sepertinya islam jenis ini amat berbahaya.ia ingin menjadikan islam itu lebih liberal lagi.waduh saya jadi kompius nih.mahu ikut yang mana? Di malaysia islam liberal tak nampak sangat tapi ia sedang berkembang.so berhati hati.ish kenapa plak nak berhati hati? Terserah tiada yang benar selain DIA.kita manusia mempunyai akal yang sudah tentunya sama sekali tidak sama.jadi perdebatan itu senantiasa wujud tak kira masa.malah perdebatan dalam islam itu satu rahmat.makna nya kita senantiasa menuju ke arah kebenaran.Bukan menuju ke arah kemenangan dalam berdebat.itu tolol.mahu dia seorang sahaja betul.dalam penafsiran sesuatu teks,seorang akan berkata sedemikian dan seorang yang lain akan berkata yang lain mengikut ilmu nya sendiri.jadi untuk menjadikan penafsiran itu sama itu palsu.Sunni dan Shiah masih lagi menuju ke jalan kebenaran walaupun kedua duanya tidak sehaluan.Maliki,hanafi,hambali dan shafiee masih lagi benar walaupun berlainan.Ayuh, jangan ikut membuta tuli.

Sampai ke hari ini aku still tak tahu nak buat apa.exam still mendekat,tak studi lagi. puasa akan menjelang,tak praktis lagi.Pesta Hoki akan berlangsung ( I’m one part of organising committee.) tapi aku masih tak berbuat apa apa.masih lagi bersenang lenang.masih lagi enak menonton televisi dan dibuai enak dengan fantasi yang bermacam.sekali lagi terkesima dengan keanggunan cewek cewek USM.masih lagi malas untuk membaca.malas untuk menulis dan malas untuk bangun pagi.hidup seperti bangkai.hidup penuh dengan kesuraman dan kekosongan.Jadi apakah yang harus dimasukkan dalam hati ini? Aku sudah kehilangan sesuatu.

Thursday, September 16, 2004

memilih untuk tidak memilih

Finally dapat gak aku menyemakkan blog aku nih dengan timbunan `sampah- sarap` yang sudah overload dalam tong pemikiran aku ni.banyak perkara yang berlaku akhir-akhir nih.Pilihanraya baru jek habis semalam dan ia menyaksikan terlalu banyak drama swasta yang memang menjengkelkan.Pilihanraya pasti menjadi bahan mulut orang ramai.Yang bertanding,yang menentang,yang mengkhianat..semua ada cerita sendiri.pada mulanya aku tak nak mengundi.tapi oleh kerana autoriti lebih kuasanya jadi mengundi itu satu kemestian.dari perang poster hingga ke saat mencoblos penuh dengan babak – babak yang menyakitkan hati.Begitu berkuasanya KUASA hinggakan orang semua ingin mendapatkannya.yang pasti kat USM nih pembangkang yang menang.tahniah diucapkan.Harap lepas nih pasti ada tikam menikam yang berlaku supaya orang semua benci membenci.Heh sebelum election pun mereka dah membenci.jadi selepas ini macam mana? Dah dapat tengok macam mana pandanagn student kat USM nih.Penuh dengan kebencian atau penuh dengan duit dalam saku? Aku mana tahu.
Taktik yang digunakan amat menyebalkan.Macam mana boleh kalah ?Lepas nih terpaksa lah bertudung litup dan berseluar panjang .mandi pun tak boleh berbogel.Kite yang tak tahu hokum nih mane boleh buat sesuke hati.Kene ikut .Kite menuju kearah LIBERAL.Masih still terima lagi ke ajaran FUNDAMENTAL nih???
Bebudak first year memang tak tahu apa – apa yang mereka perjuangakan.yang penting, tahun depan duduk dalam, makannya tak payah susah susah cari rumah sewa.maknanya tak payah susah susah menentang .Patuh dan dapatlah GANJARAN.Jangan jadi pelik sikit.Nanti adalah kena tarik denagn malaun – malaun tuh.tak boleh warnakan kuku.Tak boleh pakai baju serba hitam, tak boleh kutuk orang yang berjawatan tinggi.Kelak nanti rugi diri.tapi sekarang pun kita dah rugi sebab kita tak nampak jalan kat depan.BONTOT di depan kita nih BESAR sangat.Ikut ajelah kalau tak nak terpijak TAHI LEMBU di depan nanti.
Lepas nih macam mana? Adakah pemikiran student akan berubah? Mungkinkah aktivis mahasiswa akan muncul?menegakkan apa apa yang masih belum lagi tegak? Customer is always right. SAJIAN di depan kita nih harus meningkatkan selera kita untuk menyambarnya.
Walauapapun yang berlaku,aku tetap takkan terjebak dengan mereka nih..tak nak tahi terpaletkat diri aku nih...mampos la wei...aku memilih untuk tidak memilih.....

Wednesday, September 01, 2004

aku pon nak memblogkan diri.....

hey welcome to the club............start from this day...i`m the one to guide u guys to hell........hehehehehe