Monday, October 11, 2004

mencuri masa....

Satu kumpulan dari KL iaitu kumpulan yang selalu buskin di BB pada setiap malam dengan menggunakan alatan tradisional telah datang ke Penang.Destinasi pertama mereka ialah di Usm penang.Mereka membuat persembahan untuk satu pertunjukan teater digital anjuran pelajar Usm sendiri.Mereka telah memukau pelajar Usm dengan alunan didgeridoo yang lunak dan paluan gendang yang sungguh asyik dan alatan yang lain.Aku telah datang ke tapak teater ini untuk berjumpa dengan Zeezam sambil memenuhi permintaan rakan untuk datang ke teater tersebut.Tak sangka mereka membuat pesembahan di sini pula.Barisan pembuskin sangat tidak aku kenali kecuali pengetuk satu alat seperti kayu beroti iaitu saudara Zeezam.Watak zeezam pun tak kurang hebatnya.Siap ajar awek cun lagi tuh.Jealous aku.Kedatangan kumpulan ini ke Penang selama seminggu.Mereka akan buskin di mana – mana tempat yang sesuai.Destinasi pilihan mereka selepas ini ialah Batu Feringghi.Perkara menarik yang aku dapat semasa kedatangan kumpulan ini ialah keseronokan travel.Dari KL,mereka sampai Penang pada awal pagi.Mereka telah pergi ke Gurney drive dan Padang Kota dengan berjalan kaki sahaja.Mereka berjalan kaki selama lima jam untuk sampai ke destinasi.Cukup kagum aku dengan mereka.Mereka menumpang di rumah kawan malam mereka sampai di sini dan akan bertolak ke Feringghi kemudian hari.Selepas itu duduk di tepi jalan sahaja.Selama seminggu buskin di Penang.Satu pengalaman yang menyeronokkan.Keinginan aku untuk travel semakin membuak- buak.Melihat tempat orang,berjumpa dengan kawan-kawan.Scene kita telah memberikan kita pluang untuk travel dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.Cukup dengan mengenali kawan – kawan di satu tempat dan kita boleh menginap di sana.

Pada saat ini, keghairahan aku terhadap seni semakin memuncak.Dengan melihat kumpulan dari KL ini buskin buat kali keduanya.Terasa ingin mencuba untuk meniup didgeridoo tapi tersangat malu.hehehe.Tapi akhir sekali aku dapat juga meniup didgeridoo itu.Aku telah bersemuka dengan ramai pelajar seni dan telah berbincang tentang hal kesenian.Aku mula jatuh chenta kepada seni.Tayangan teater digital pada masa itu juga telah membuatkan aku terkesima.Teater digital ialah satu teater yang ditonton dengan menggunakan projektor.Lakonan mereka telah dirakam.Tapi bolehkah teater digital ini dikatakan sebagai sebuah filem?Kekerapan aku menonton teater amat kurang.Kali ini aku telah berpeluang untuk menontonnya.Mungkin teater ini bukan pada tahap professional dan pembikinannya low budget serta diy,tapi aku amat suka dengannya.Teater yang bertajuk Jebat dan satu lagi ialah Mayat.Aku amat menyukai teater Jebat kerana sungguh thought provoking dan membuatkan aku tak kering gusi ketawa.Jebat adalah hasil tulisan Hatta Azad Khan.Aku rasa penulis ini cukup dikenali Cuma aku sahaja yang tak mengenalinya.Jebat menceritakan tentang kisah Hang Tuah yang ingin membunuh si Jebat.Tuah tetap dianggap sebagai wira Melayu dan si Jebat pula si penderhaka.Tetapi teater ini menceritakan Jebat telah membunuh Tuah.Cerita ini amat bertentangan dengan sejarah.Biarkan sejarah dengan faktanya yang kita tak dapat ubah sama sekali.Pada aku, Jebat adalah seorang pejuang yang tulus.Menegakkan kebenaran dan mempunyai semangat setiakawan.Tuah pula ibarat anjing belaan Sultan pada masa itu.Buat apa patuh dengan ketua yang mementingkan diri sendiri? Tuah tolol.Teater yang satu lagi iaitu Mayat amat membosankan.Tetapi ada unsur-unsur lawak.Sungguh menarik.Cerita Mayat ini juga membariskan seorang pelakon yang amat aku kenal iaitu saudara Fahmi.Kawan-kawan dari KL juga mengenali Fahmi ini.Beliau bermain untuk Fastgame.Sayang, Fahmi tak dapat datang kerana berada di KL.Lucu sungguh pabila Fahmi menunjukkan aksi – aksi lawak yang terus menggeletek aku supaya terus ketawa.Tak sangka.Malang bagi Fahmi kerana kawan- kawan scene dah tengok dia berlakon heheheh…

Kedatangan kumpulan buskin ke sini ialah untuk melihat keindahan Penang ini dan meninjau perkembangan Food Not Bombs disini serta beberapa tujuan lain.Malang sekali kerana Food Not Bombs sudah tidak aktif seperti dulu.Masalah dalaman yang sungguh runcing telah memporak-perandakan Food Not Bombs disini.Komitmen, tempat serving dan bermacam lagi agenda yang perlu diperbetulkan agar ia kembali aktif.Selepas raya,kawan – kawan dari KL bercadang untuk mengadakan satu workshop disini.Satu berita yang baik.Masalahnya sekarang ialah tiada penggerak.Mereka yang rela hati untuk menganjurkan aktiviti di sini sepertinya tiada.Antara aktiviti workshop yang ingin diadakan ialah permasalahan gender,kolektivisme dan subversion.Wah…cukup menarik.Jadi, tak sabar untuk menantikan saat ini.Aku jarang pergi workshop dan bengkel yang banyak memberikan ilmu dan input yang berfaedah.Workshop adalah satu alternatif lain aktiviti scene selain gigs.Gig adalah satu tempat untuk berseronok- seronok, berjumpa dengan kawan,membeli belah dan menunjukkan baju baru.Gig selalu diadakan tetapi workshop pula dipandang sepi.Kita masih gagal untuk membentuk satu komuniti yang cintakan ilmu dan membaca.Masalah ini berlaku di seluruh malaysia dan semua sepertinya tidak bimbang tentang permasalahan ini.Gaya hidup hedonistik atau keduniaan telah menjadi pilihan ramai orang.Pilihan ada dalam tangan kita.Mahu berubah atau lihat orang lain yang berubah.Terserah

No comments: