Monday, May 22, 2006

Serabut

Di rumah di Felda Taib Andak ini, saya telah menegatifkan diri saya daripada menjadi aktif. Tidak bersukan,tidak bekerja,tidak menjana kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendek kata saya tidak produktif bila di rumah. Tapi saya telah memastikan bahawa akal fikiran saya sentiasa aktif memikirkan tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling saya. Setiap kali saya membuang air besar ataupun di mana sahaja, saya akan menjana minda untuk berfikir perkara yang sepatutnya atau perkara yang bukan-bukan. Saya menonton TV, membaca buku, menonton berita di TV3, membaca komik Sin Chan, menonton DVD setiap malam, memuja kecantikan Marion 8tv, berbual-bual dengan ahli keluarga secukup rasa dan mengajar anak sedara saya matematik dalam bahasa Inggeris.
Lama-kelamaan, seperti biasa kepala saya akan menjadi serabut dengan pelbagai persoalan dan idea pemikiran. Mahu tidak mahu, saya terpaksa memanifestasikan apa yang saya fikirkan ini ke dalam bentuk medium yang boleh bertahan lama. Tak boleh juga ia bersemayam di dalam kepala hotak ini lama-lama. Saya bukan seorang yang maksum yang mempunyai ingatan yang hebat. Jadi saya fikir adalah baik jika saya memindahkan akal fikiran saya menjadi simbol-simbol yang orang panggil sebagai perkataan. Tapi masalahnya, apabila saya telah terpacak di depan komputer untuk menaip, tiba-tiba apa yang saya fikirkan tadi menjadi kabur dan tidak tersembul menjadi perkataan. Mereka lari lintang pukang tidak mahu keluar dari benak fikiran saya. Adus!!!
Daripada saya mahu menulis benda-benda yang kritis, provokasi, sinikal dan yang boleh menaikkan darah para tukang fatwa, saya hanya dapat menulis perkara-perkara yang santai sahaja yang juga boleh dikategorikan sebagai cerita-cerita semasa. Tak apalah, at least saya masih lagi mampu untuk menulis. Maknanya saya masih lagi mampu untuk berfikir. Hahaha. Masalah bagi seorang yang pemalas yang duduk di kampung ini ialah mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk beraktiviti. Jadi, lebih baik mereka menjadi anak yang pasif. Hati saya meronta-ronta mahu pegi ke kafe siber untuk melihat balasan testimonial yang telah saya hantar kepada seorang gadis ini. Malangnya, Felda Taib Andak yang terkenal dengan Mawinya ini tidak mempunyai kafe siber yang berdekatan. Bahkan di bandar Kulai pun tidak ada. Sial!!!
Sekarang, hati saya sudah gundah gulana. Hal ini kerana wayang Da Vinci Code sudah ditayangkan. Arghhh!!! Saya tidak mahu ketinggalan untuk melihat wayang yang kontroversi ini. Banyak lagi filem-filem yang masih lagi belum ditonton dan acara gig yang melibatkan band-band yang hebat yang akan berlangsung tak lama lagi. Aduhai. Tensen......
Endnote:1.Maaf kepada bung Dhani kerana saya masih lagi tidak mendapat para investor. Mungkin mereka takut rugi. Saya pula tidak nggak ada uang bung. Tapi saya masih lagi mengharapkan Goblog akan selamat dikeluarkan.
2.Dengar Black Sabbath pada waktu malam-malam.
3.Marion 8tv, Daphne Iking, Natasha Hudson adalah modal-modal fantasi saya ketika saya sedang kebosanan di rumah. Hahaha
19 mei

16 comments:

zairi said...

Takpe, nanti mawi bukak cc kat area tu....

gON said...

rekod sudah...
bila lagi nak main gig dah lame x tngok ko nyanyi...;P(x penah pon)

ajlaa said...

waahhh dah jadi artis ko skrg?!!!. Btw, Da Vinci Code xsehebat bukunye. Bace buku die lagi terase teruja.

Akhdan said...

haha..

Anonymous said...

aduhhh mengantuknya...baru balik dari tgk da vinci code..blik dulu lahh yerr ngantuk ni hehe

-akhdan

zairi said...

Kelmarin aku tengok da vinci dengan adan. Meh la sini, kita cite. haha.. dan semalam aku tengok mawi perform. Kena masuk kelas vokal la budak sekolah kau tu. hehehe

Anonymous said...

da vinci code huhhhh...perbincangannya membawa sampai ke fajar subuh...panjang berjela hehe..memang tull...sayang ko takder..tapi yang pasti ada audrey totou (ejaan aku tul tak?), setiap kali penampilanya membawa saya ke taman bunga buatan amaginasi hehe

-akhdan

jr said...

ah, aku rasa list model tu ada silap! daphne iking tu patut ditukar dgn orang lain...aku bg cadangan

nazir said...

Audrey Tautou (ejaan yang betul) memang membawa ke taman bunga. tapi bagi aku dia lagi hebat dlm amelie & a very long engagement. superb!

sepet said...

wa..
bes la..
x sangka ang padai berpuitis..
ayat2 yg sunggu dalam..
dan penuh makna dan tanda..

Dhani said...

hai awak. cuba tgk blog saya. ada banner Goblog. awak nak tak? :D

topeq said...

oit..apsal lame x update?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.