Wednesday, June 29, 2005

makin lama makin jemu.

Kedatangan aku ke Kl ini tidak mempunyai apa-apa erti melainkan bergembira di acara gig yang berlangsung.Gig bersempena mencari dana untuk band Domestik Doktrin yang akan datang ke sini pada bulan Julai mendatang.Pemergian aku ke Kl ini juga adalah kerana ingin menyaksikan band yang telah lama tidak beraksi iaitu Jeritan Sepi.

Aku sedang menyiapkan review gig ini untuk satu projek bersama kawan-kawan dan aku tidak mahu memberikan gambaran bagaimana acara gig berlangsung dalam blog ini .Yang pastinya,ia berlangsung dengan tidak meriah sekali.Aku yang selalunya akan mengalami kecederaan yang mini selepas acara gig cuma berpeluh sahaja.Pengunjung yang datang agak mengecewakan.Apakah formula yang patut dikenakan kepada anak -anak muda hardcore yang sudah menjadi pemalas untuk datang ke gig.

Mungkin salah satu faktornya ialah.gig di Kl ini sudah menjadi kelaziman.Setiap minggu gig dilangsungkan dengan pelbagai band yang mempamerkan muzik-muzik mereka yang tersendiri.Bosan juga kalau gig selalu diadakan.Jadi gig ini adalah acara untuk kawan-kawan.Bahkan band -band dari luar negara yang melakukan tour juga kekurangan pengunjung.
Untuk menganjurkan gig setiap minggu adalah satu yang membebankan.Sekarang alternatif untuk menjimatkan kos setiap band-band luar yang datang ke Malaysia ialah dengan membuat gig di jam session.Perkara ini harus dilakukan untuk mengelakkan penganjur kerugian berlipat ganda kerana tiada pengunjung.

Selepas ini,aku tidak akan mengerapkan kewujudan aku di Kl ini untuk acara gig.Kalau dulu,di Matrikulasi,setiap minggu boleh dikatakan hari Sabtu aku diluangkan di Kl.kalau tidak ke gig hardcore,ke gig Indie bersama Lucy In The Loo.tabiat aku ke berkunjung ke gig tidak pernah luput.asalkan punya wang dan masa,pasti akan ke Kl.Di Usm Penang,selalu saja aku turun ke ibu kota itu.Gig,berjumpa kawan dan berjalan jalan di celah celah bangunan tinggi.Kehadiran band-band yang tour ke sini telah membuatkan aku turun.Unholy Grave,Cluster Bomb Unit,Pisschrist dan macam - macam band lagi agak menarik untuk dilihat.
Apa sudah jadi pada gig di KL,mungkin selepas ini aku akan cuba hadir ke gig-gig kecilan di bahau,seremban mahupun di Kuala Lipis.Yang pasti aku akan mengurangkan pemergian aku ke Kl selepas ini.Mahu simpan duit sedikit untuk pergi gig di Indonesia.hahaha

pelirlist- Mukeka Di Rato album Acabar Com VocĂȘ

1 comment:

Anonymous said...

launch party last minute pgi x?