Friday, June 17, 2005

aduhai blog ku sayang.....mengapa kau bersedih???

nah....sekarang, aku tak mahu lagi berleha-leha dengan menziarahi website-website yang todak mempunyai kepentingan bagi aku.Jika blogspot ini adalah haiwan peliharaan aku, dan tidak pernah memberinya makan(update dengan penulisan tuannya),terus aja dia bersedih.Maaflah aku tidak pandai memberikan perbandingan yang sesuai.Tapi itulah,IZWAN yang satu lagi telah menguasai diri aku (izwan yang pemalas).Mungkin akibat bekerja yang banyak aku jadi begini.Atau mungkin selalu menonton bahan bahan yang tidak berfaedah(pornografi/g-string/bra etc etc....).maafkanlah saya yek....

tak banyak perkara yang menarik minggu ini melainkan perpindahan tempat kediaman.Pada mulanya sedih rasanya mau meninggalkan Bandar Baru Uda (port Uda Thrasher) bila pertama klai diumumkan keinginan untuk berpindah oleh abang aku.Khabar-khabar mahu berpindah ke Nong Chik.Last -last dekat dekat situ jek....selamat aku.hehehe...

rumah baru nih boleh la aku rate 8 per sepuluh...berbanding dnegan rumah lama yang aku patut bagi 4 per sepuluh.Rumah dulu die punye siling dah bocor.nak tidur malam mesti punye dengar bunyi air menitik.Lebih kurang 80 % barang - barang di rumah dulu tuh kepunyaan tuan rumah.Baju baju ,karpet,pinggan mangkuk macam macam lagi.Cukup tidak selesa.

Sekarang tidak lagi.rumah baru lebih selesa,tandas yang boleh flush,tiada suasana hingar bingar bunyi kenderaan dan yang penting,housemate nya kaya.Ada komputer yang penuh dengan bahan bahan lucah....untuk hilang bosan.tapi kewujudan aku di rumah ini tak lama.lagi 3 minggu lagi keberangkatan aku ke Penang akan tiba.Rase sedih pon ade gak sebab akan meninggalkan alam percutian yang panjang.Dan terpaksa berjumpa dengan kawan kawan sekelas lagi.hehehe tak sabar nak jumpe dengan wan karim,lomu( ade cerita best) dan bebudak HC penang.

Keje memang sial.Tak mahu kerja tapi mahu uang.Uang untuk gaji yang akan datang akan digunakan untuk pergi ke Kl bersempena gig Benefit Domestik Doktrin pada 25 June nih.Ah takpe la.aku dah mals nihnak tulis pepanjang.Dua hari lepas aku ade tulis penulisan aku kat blog nih.panjang dan banyak merepek.Best.tapi server lembab dan ia terus tak upload aku punye positng baru.Macam sial.takpe.aku akan cuba mengebom kemalasn aku dan gantikan dengan Izawn yang non-pasif hahaha..

No comments: