Wednesday, November 23, 2005

Orang berBUDI, kita berJASA.

Tak tahulah sama ada aku sedar atau tidak. Yang nyata, semester ketiga dah nak habis dalam beberapa hari lagi. Aku masih tak puas mengecapi hidup di Penang ni. Kalau klimaks barangkali tak pancut lagi. Lihat kawan-kawan yang semakin hari semakin maju dengan perubahan diri. Memang betul manusia berubah. Begitu juga dengan diri aku. Perubahan yang besar mungkin tak nampak sangat.perubahan yang nyata aku alami mungkin dari segi kuantiti seluar yang aku miliki. Dari ade dua pasang jadik la tiga pasang. Aku tak suka pakai seluar slack yang mak beli. Nampak macam Mat Belia takpun macam abang-abang MPP. Seluar tu abang aku yang bagi.Nasib baiklah, jimat duit aku. Kalau nak harapkan aku membeli seluar entah bila. Penambahan kuantiti seluar juga satu perubahan. Dari satu menjadi dua. Dari dua menjadi tiga. Penambahan kuantiti juga terlihat dalam koleksi Dvd,kaset dan Cd aku. Banyak jugak aku membazir membeli semua tuh semester ni.Lebih-lebih lagi dengan harga RM4 per Dvd yang boleh didapati di Batu Feringghi, makin membuak-buak nafsu aku. Kalau dah suka, nak buat macam mane ye tak? Itu perubahan kecik. Tak bermakna pon. Perubahan yang besar tak juga berlaku dalam diri aku.

Manusia juga mengalami perubahan dari segi kuantiti.Mungkin kerana manusia itu besar saiznya, maka perubahannya juga besarlah. Dari satu menjadi dua, dua menjadi tiga.(ade ke dua jadik tiga???). Aku selalu nampak satu jadik dua yang lain tak pernah pulak. Kalau berubah kuantiti lebih-lebih nanti orang cakap ape la pulak. Orang nih bukannye boleh tengok orang senang sikit. Pantang salah sikit. Ade aje yang nak dibuahmulutkan. Kalau dilihat kembali, ramai gak kawan aku mengalami perubahan kuantiti yang macam ni dalam hidup die. Maksud aku dah ade teman buat perabih kredit, teman bergaduh, dah orang yang tolong picit-picit, gurau-gurau, yang semua tu lah. Ramai juga yang berJASA di Usm ni. Aku pulak????

Susah juga nak tengok orang yang berubah pada nilai yang lain. Nak tengok perubahan ni pada kawan-kawan aku? Jangan haraplah. Perubahan yang aku maksudkan ialah perubahan dari segi kualiti. Kualiti rendah kepada kualiti lebih sikit. Dari enjin keldai ubah jadik enjin kuda. Tak tahulah apa daya yang menggerakkan mereka yang berubah dengan nilai ini. Mungkin mereka takut dengan mak bapak mereka kot. Takpun menggigil sampai terkencing mengenangkan masa depan yang tak pasti cerah terangnya. Yang pasti, aku tak pernah mengalami perubahan ini. Dah nak habis semester nih.... satu zarah keinsafan pon tak kunjung tiba. Assignment hantar last minit. belajar pada minit-minit kecederaan, datang kelas lambat... "Barulah rock!!!"... tapi kalau banyak sangat rocknye hingga mudarat diri susah gak siak....adus..... jeles gak tengok orang berBUDI... tapi aku?????

BUDI-belajar untuk dapat ijazah(belajar untuk dapat ijazah ke untuk dapat ilmu???)

JASA -janji dapat sorang awek (damn!!!)

playlist mase aku tengah taip:-

Dahmer, Cocteau Twins, The Accused, Wind of Pain, Boycot, Besthoven

No comments: