Monday, October 31, 2005

Hari raya datang lagi duit-muit berterbangan pergi

Cuti raya tahun ini yang hanya berusia seminggu dua boleh juga digelar minggu ulangkaji peperiksaan bagi budak-budak USM. Memang gila, peperiksaan lepas raya menyebabkan minggu ulangkaji tidak dimanfaatkan sepenuhnya sebab time raya mestilah kita meRAYAkan bukannya mengULANGKAJIkan dengan waktu yang ada. Tapi, aku tetap akan memastikan bahawa slot-slot bagi aku untuk belajar dipetakan dalam rutin harian aku agar liburan aku dipenuhi dengan persiapan yang rapi sebelum berlawan pedang dengan soalan-soalan penentu masa depan aku.

Baju raya aku tahun ini lebih kurang macam warna biru kemuda-mudaan. Tahun lepas punye baju raya aku cuma pakai beberapa kali dan selepas itu baju raya yang bewarna merah darah itu telah bermastautin dalam almari aku buat sekian lama. Mungkin nasib yang sama akan menimpa baju raya tahun ini yang agak kebirumudaan itu. Apa yang nyata, minat aku untuk memakai baju Melayu telah dikesampingkan. Tak rock la pakai baju Melayu!!!

Budaya membeli semakin menjadi-jadi bila tiba musim perayaan. Semua benda nak dibarukan. Pada waktu ini, tokey-tokey pasaraya senyum melebar sentiasa. Tapi takpe, asalkan 1 Syawal kita tampil dengan penuh gaya. Tak mahu kalah dengan sesiapa. Jadi ayuh membeli seadanya!!!

Nah, sekaang hari raya telah dikomersilkan. Jauh kita dapat menikmati kemeriahan raya dulu-dulu. Ketupat rendang pun dah diSEGERAkan. Kuih-muih mula dipaketkan, rayanya kita sentiasa di NTV7 bersama artis kesayangan takpun dengan kumpulan lawak bangang Senario di TV3.

Tapi jangan lupa dengan hubungan sesama manusia. Jangan kau lupa pulak nak barukannya. Dahlah tak boleh beli dengan duit. Lagilah susah,lagilah payah. Nak-nak manusia sekarang yang bendalistik. Ish, aku ingat nak beli baju rayalah. tapi aku rasa tak payah mahal-mahal. Cukup dengan Rm 20, aku akan beli T-Shirt Unholy Gave pada Jimbo. bawak pergi beraya, barulah rock!!!

Selamat Hari Gaya. Maap Zahir dan batin!!! Worldd!!!!

Playlist: Common Enemy- Skate That Shit

N/B:

material = benda
materialisik=bendalistik

hehehe

2 comments:

Anonymous said...

bicaraku...semua angan palsu,bicaramu...selalu menghantui tidurku

kena tukar kepada

bicaraku... semua angan palsu, bicaramu... selalu menghantui tidurku

Anonymous said...

Great blog, I also have a casino related site, If you want or need more exposure get casino traffic by the thousands at **casino traffic** Works for me!