Monday, December 19, 2005

bendalistik

Baru lega hati aku bila exam dah tamat. Secara keseluruhan aku berasa tak yakin untuk memperolehi markah yang hebat.Jawab pakai hentam,belajar minit-minit terakhir dan banyak tak buat tugasan. Tapi kalau nak lulus kira bolehlah ('bolehlah' macam satu jargon bagi orang Melayu yang tiada daya saing,"asal lulus kira OKlah").Takpe semester depan aku akan buat yang terbaik (Ni azam aku yang tak pernah buat sejak aku masuk USM).Esok mula cuti sebulan dan aku mula membungkuskan barang-barang ke dalam kotak.


Waktu malam aku lepak dengan Kidd, mabuk teh tarik di Restoran Khaleel. Berbual perkara-perkara yang patut dibualkan. Tiba satu ketika aku tiba-tiba gatal masuk bab-bab macam mana nak mengurat perempuan. Yelah, aku kan masih mencari, jadi cubalah nak dapatkan tips-tips. Kidd pula tanyakan gadis idaman aku. Aduss...sebenarnya aku tak memikirkan sangat benda-benda nih.Kalau dah suka, sukalah tak kira macam mana bentuknya. Tapi kalau Kidd dah tanya aku jawablah sekadar yang boleh. Jadi aku cakaplah aku suka yang cantik,rock,lawa,tak pakai tudung, rambut panjang, buah dada besar (yang ni aku cakap dalam hati aje) dan banyak lagi. Harap-harap Kidd bagitahulah pada kawan-kawan dia. hehehe


Bila aku balik bilik terfikirkan ciri-ciri yang aku sebutkan pada Kidd masa tengah lepak tadi, baru aku realize yang sebenarnya aku nih sungguh materialistik. Semua benda yang aku idamkan semuanya yang boleh nampak, benda yag boleh dipegang. Semua benda yang material. Takde pulak ciri-ciri yang aku nak yang abstrak. Baik hati ke (tipikal gile), memahami, open minded dan macam-macam lagilah.


Ingatkan perempuan aje yang materialistik. Lelaki pun materialistik. Nampak sangat kita sekarang nih materialistik.Mengejar benda-benda yang nampak di depan mata sahaja. Nilai-nilai yang tak boleh disukat menggunakan skala numerik (nilai yang abstrak) sangatlah sedikit. Boleh dikatakan ramai lelaki dan perempuan memilih yang ternampak dek mata kasar sahaja. Nak nampak yang dalam-dalam susah sedikit. Kena kenal seseorang tu lebih lama. Agak susah lebih-lebih lagi dengan dunia yang serba laju nih.


Aku cuba untuk menghindarkan diri daripada kehidupan yang mementingkan material ni. Dapat hindarkan sedikit-sedikit kira baguslah. Ada banyak kumpulan-kumpulan yang mengesyorkan hidup non-material ni. Contohnya Crimethinc. Satu kumpulan anarkis yang penuh dengan mimpi-mimpi. Satu buku yang kau pernah baca terbitan Crimethinc ialah Off The Map. Satu catatan peribadi seorang wanita yang aku fikir adalah seorang anarkis. Bersama-sama dengan rakannya dengan selamba pergi backpack travelling ke Eropah. Dengan duit yang tak mencukupi, mereka boleh hidup dan menikmati suasana di Eropah. Mereka tinggal di squatters, tidur di tepi-tepi jalan,hitchhiking dan macam-macam lagi benda yang boleh dilakukan. Semua perkara itu tidak mustahil sebenarnya.


Kita tak perlukan duit yang banyak untuk merasa bahagia.Tak perlukan handphone untuk membunuh kesunyian, tak memerlukan sebuah kereta untuk mendapat ramai kawan.Tak perlu kerja sehari suntuk untuk mendapatkan semua yang kita ingin miliki.


Susah bagi aku untuk mengurangkan sifat-sifat material aku. Kadang-kadang terpandang dada perempuan. Kadang-kadang terbeli DVd sampai 5 keping. Terbazir kepada benda-benda yang tak munasabah. Tapi selagi aku boleh bermimpi, aku yakin aku boleh pergi travel satu hari nanti.


End note:

1) Kalau nak dapatkan feel travel, baca The Alchemist oleh Paolo Coelho dan Off The Map terbitan Crimethinc.

2)Tak tahulah bila boleh aku membaca semula buku Sang Alkemis aku

3) Menulis blog sambil dengar Black Sabbath rasa macam rock siak....

1 comment:

zairi said...

Hey, jangan jadi hamba duit - m. nasir :]