Saturday, July 30, 2005

sorang jek?

Kadar kewangan aku kini kian menyusut berikutan konsumsi yang berterusan tanpa had di usm ini. Kerajaan yang memberikan pinjaman pula cuba melambatkan kemasukan wang ke dalam akaun pelajar agar pelajar tahu bahawa birokrasi dalam institusi kerajaan ini cuba bermain dengan kesabaran anak muda.Oleh kerana akaun aku masih lagi tidak menunjukkan baki sebanyak empat angka,jadi aku hanya berkutat di sekitar Usm sahaja.Niat untuk melihat Flesh Disgorged 6 Ogos ni di Kl luput.Sial betul.
*****
Minggu ini aku hanya menikmati pagi-pagi Sabtu di bilik sahaja.Tiada aktiviti yang dapat dilakukan yang cukup relevan dengan wang yang ada.Semua penghuni-penghuni bilik telah bersiap-siap untuk bertemu dengan kekasih dan ada juga yang pulang ke kampung.bagi aku, hari cuti ini hanya dihabiskan dengan menjalarkan mata aku di baris-baris buku yang telah aku pinjam dan beli.kali ini aku telah meminjam buku dari Pramoedya Ananta Toer-Rumah Kaca,buku riwayat Hans Christian Andersen serta Sang Alkemis.Tak lupa juga buku -buku yang menentukan kehidupan aku di masa hadapan.Buku Bahasa dan Undang-undang.
*****
kadang-kadang aku juga menghabiskan masa menelaah lagu Vivisick - Sweet Themepark City. Susah jugak nak nyanyi lagu nih beb. pastuh ditambah lagi dengan sing along yang tak tahu apa yang mereka sing along kan.harap harap sebelum gig membenci kemerdekaan aku telah menghafal lagu tuh. Cd Domestik Doktrin yang baru telah membuatkan telinga aku meminta untuk diberi makan hanya dengan lagu-lagu baru Domestik Doktrin sahaja.Domestik Doktrin telah tersimpang jauh dengan konsep mereka yna dahulu.Anak-anak thrash juga tidak menyukai lagu baru mereka terutama si Timmy.Domestik Doktrin ni mementingkan originaliti.Time Maufakturing Karma pun muzik mereka tidak berkiblatkan mana - mana band cuma konsep umumnya sahaja yang thrash. Kini mereka lebih kepada sludge.Lirik lebih nakal dan sentiasa mengusik akal.Aku suka dengan lirik yang Ari buat.two thumbs up.Cobalah dengerkan musik mereka yang baru ini.Phundamentalphun.Keren banget loh.
*****
Aduh,pukimak betul la kalo takde awek nih.Sorang-sorang jek setiap hujung minggu.kalau ada gig baguslah.Tapi kalau takde,macam ni lah jadinya.Nasib baik malam nih ade tayangan teater.Layan teater sorang-sorang best gak.

Pelirlist semasa menaip-
Fuck On The Beach - Endless Summer.

No comments: