Wednesday, May 30, 2007

Dalam Ambiens Ketidakadakerjaan

Tiada pejabat untuk ditandang. Tiada kad untuk ditebuk. Belum masanya lagi untuk setkan jam loceng untuk bangun mengikut waktu yang khusus pada pagi hari.

Sangat menyedihkan. Tiba-tiba saya mahu bergantung harap.

Secara ekonomiknya, hidup saya kini sedang mengalami deflasi yang konstan dengan pengurangan bekalan wang sekaligus mengurangkan aktiviti ekonomi saya yang mengunjur kepada spekulasi bahawa saya akan mengalami depresi jiwa sedikit demi sedikit. Saya kini sedang berada dalam ambiens ketidakadakerjaan alias ketidakselesaan untuk hidup dalam status quo. Jadi, perkara yang sepatutnya saya lakukan ialah bekerja. Mudah dan cliche?

Mungkin situasi yang boleh dikatakan melankolik ini bukan menjadi satu masalah jika kita beratap bumbungkan rumah ibu bapa yang menjaminkan makan minum dan juga berbantalkan keselesaan yang maksimal. Tetapi, hidup di tengah-tengah hiruk pikuk bandar dan kerelaan menghidu karbon monoksida menjadikan jiwa saya kelam kabut. Semua hendak dirangkul, semua hendak di rebut. Jangan tunggu hingga peluang itu lari. Ini namanya kompetisi. Tapi saya tidak kuat untuk berlari.

Depresi, ia sedikit-sedikit memamah tulang belulang dan seluruh anatomi yang sedang bekerja sekaligus lingkup dalam ruang ketidakbahagiaan ini. Tidur hingga bermimpikan pocong di tengah hari, makan tidak menentu. Terlentang hingga sakit belakang. Meluahkan emosi kepada kucing hingga emosional menggigit jari. Adakah patut saya menunjukkan sikap amoral terhadap situasi ini, sebab mesti ada yang setan atau, memang saya rendah self-esteem?

Owh, sangat mengantuk bila merenung tepat di hadapan skrin.

Tidur dulu.

Babai.

Nota Kaki:
1. Sila tonton French Film Fest. Cerita yang sangat menarik sekali. http://www.gsc.com.my/2. Lagu yang sedang main semasa menaip - La Piovra band hardcore punk dengan sentuhan Elvis Presley dari Itali.3. Siapa yang sudah dapat kerja kawan-kawan Usmku?

7 comments:

Freeviolence said...

Ini penyakit biasa.. tidak kronik sebenarnya.. tapi org yg mengalami selalu rasa kronik.. hahhaha

Anonymous said...

Nobeat sudah kerja. Di sebuah syarikat swasta, sebagai data entry. Gaji lumayan. Cukup bulan open table ya! Yeahaa!

Freeviolence said...

tulis laa pulak "Dalam Ambiens Kemalasan bangun pagi nak pegi keje" haha..

DISLICKER said...

asal aku dtg je kau tido, aku kau tido je aku dtg...

Ian Ashley said...

Iya....saya setuju dgn kata2 akhdan bahawasanya ini sekadar penyakit biasa tapi bila sudah menjangkau kepada tahun2 ia sudah menjadi suatu penyakit yg bukan lg boleh dikatakan sebagai kronik...

-ian-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ari ni, aku pun malas nk bangun g keje..