Saturday, January 07, 2006

Bodoh Lagi Membodohkan

Aku mula berasa bangga dengan diri aku kerana sudah kerap bangun awal pada waktu pagi. Kekerapan itu juga telah berlaku pada hari ini. Bangun dengan semalas-malasnya, seperti orang yang tak sanggup untuk berhadapan dengan hidup yang akan datang dan kemudiannya duduk termenung ke arah sekujur tubuh yang sedang enak diulit mimpi. Sekali sekala nampak dia menguntumkan senyuman dan menyelukkan tangan kanannya ke dalam bahagian depan seluarnya. "Mimpi basah agaknya dia ni", ujar aku.

Fitrah manusia yang baru bangun daripada tidur akan pergi ke tandas bagi menunaikan hajat. Aku masuk ke dalam satu bilik dan terus mencangkung. Pada masa itu, aku dapat merasakan sesuatu yang melalui dalam usus aku dan tiba-tiba keluar jirim pepejal yang tidak diinginkan oleh badan aku. Setelah selesai, kembali semula ke dalam bilik. Terjumpa senaskhah suratkhabar dan aku terus tersenyum. Terpampang di muka depan gambar sekumpulan polis sedang melambaikan tangan mereka sambil tersenyum lebar. " Azam baru ke nih?".

Selak mukasurat pertama. WARTAWAN MAKAN NAJIS. "Biar betul?", getus aku. Selak lagi. AHMAD NAUFAL DAPAT 9A DALAM PMR SEBAB MAKAN KISMIS. Tersenyum aku. Selak lagi dan lagi. BOGEL PELUK PASANGAN, FARAH TAHAN LAPAR MAHU CANTIK, SAYA CUMA MINTA CD MAWI. "Ah, cukup!!!!" Rupanya aku dah tak payah membazirkan duit aku untuk membeli majalah hiburan yang agak mahal selepas ini. Sekarang, hanya Rm1.20 kita sudah boleh berhibur dengan Harian Metro. 100% terhibur.

Bukan sahaja terhibur, malah otak selepas itu akan susah untuk menjanakan idea yang baik berikutan pembacaan Harian Metro yang melampau. Susah juga nak menulis. Sial!!! Suratkhabar ini telah membodohkan aku. Aku terus pergi mandi dan bersiap untuk ke perpustakaan.

Endnote:
1. Tengah baca buku Ken Kesey - Sometimes A Great Notion.

2. Tengah dengar BBQ Chicken, From Monument To Masses, Neon BLonde, Toxic Holocaust, Celtic Frost, Pelican, Avskum, Flesh Disgorged.

3. Metro, TV3, Mastika dan semua media massa macam pukiwak. Mengapa menggunakan MORAL sebagai satu bahan berita? Supaya menampakkan kamu di pihak media lebih bersunat dari yang lain?

4. Kalaulah gig yang kena serbu tu tak kena serbu, tentu kaya raya si Dicky tuh. 400 orang yang datang siak. Tentu buat duit punya.

5. Aku selalu makan tak bayar kat Khaleel. Takde duit doh.

7 comments:

Anonymous said...

Hahah, moral sepatutnya mati. Hidup dalam keseragaman sosial. Menyeragamkan manusia adalah cita-cita bangsa, pemilihan dan hak sudah mati! Hepi new yeah brotha!

Anonymous said...

aku skg ni paling benci harian metro sebab suka buat cita yg dia tengok nanti bleh sokkaba dia laku...cibai tol.
tapi aku paling benci aku x dapat datng gig ko tu hari...sori nobit.. nati aku bunuh diri. ok?

Anonymous said...

lagi sekali "aku skg ni paling benci harian metro sebab suka buat cita yg dia tengok nanti bleh sokkaba dia laku...cibai tol.
tapi aku paling benci aku x dapat datng gig ko tu hari...sori nobit.. nati aku bunuh diri. ok?"
yg cakap~pale

lokman said...

aku memilih untuk jadi orang yang tidak bermoral kerana apabila aku di cop sebagai tidak bermoral, mereka yang mengatakan aku tidak bermoral itu la yang sebenarnya tidak bermoral huahuahua...

Si Fakap said...

aku tak belajar moral kat sekolah, er kelas agama pun aku selalu ponteng.hahahah

Anonymous said...

hahaha klaka tapi betul... tq..

Anonymous said...

ur words is nothing..
xder makner..
ko nie ha yg bodo senonyer...
hahahaha