Friday, October 14, 2005

lazykiller

Sejak kebelakangan ini aku semakin malas untuk ke kelas, membuat assignment yang diberikan. Assignment untuk membuat website aku telah menafikannya walaupun aku akan kerugian begitu banyak markah. Tugasan bahasa Jepun dan selalu sahaja mengambil keputusan untuk tidak pergi ke kelas. Persekitaran aku barangkali memaksa aku menjadi pemalas. Berkecimpung dengan aura-aura malas, maka kemalasanlah tajuk utama aku untuk hidup dalam minggu kedua berpuasa ini. Aku tak tahu dan aku tak mahu tahu akibat aku ponteng, tak buat assignment dan lain-lain. Kalau kena bar aku, kena barlah seadanya. Kalau dapat pointer bawah dua, pointer bawah dualah aku. Jelas kelihatan tahap kerajinan aku kian merosot. Mungkin harsu diberikan kejutan yang menakjubkan baharulah aku akan tersedar dari sifat sambil lewa ini. Takpelah, kena tunggu aku terhantuk dahulu baru nanti aku terngadah.

Semalam aku menghadiri satu art talk bersama Meme. Oleh sebab aku ni keturunan Melayu yang cukup terkenal dengan lambatnya, maka aku hadir setengah jam kemudian. Aku terlepas dua tayangan. Sesampainya aku di muzium, perbicaraan sedang hangat dijalankan. Aku pun tak kenal siapa dia Meme nih. Tapi ak baca flyers, Meme nih seorang yang minat buat sculptor dan hantu anime. Tak tahulah aku betul ke tidak. Tiada siapa yang aku kenal dalam art talk ini melainkan Ah Koon, pelajar seni yang baru sahaja memenangi anugerah Festival Filem Pelajar dan Encik Tengku, pensyarah seni. Aku tak faham sangat apa yang mereka diskusikan maklumlah datang lambat. Jadi aku hanya mendengar sahaja Meme ini berhujah.

Kemudian, ditayangkan satu karya Meme iaitu Kenapa Pungguk Rindukan Bulan. Filem ni ada style-style macam Nightmare Before Chrismas, Thunderbird dan American Team iaitu menggunakan teknik patung sebagai katekter filem. Gayanya banyak mendapat pengaruh dari Barat. Watak-wataknya banyak diambil dari koleksi-koleksi patung Lord of the Rings, Star wars Nightmare Before Chrismas dan macam-macam lagilah. Latarbelakang yang digunakan cukup abstrak. Aku rase cukup penat kalau nak buat patung-patung tuh bergerak macam manusia. Jadi satu saat untuk patung tu senyum mungkin berpuluh-puluh shot diambil. Penat jugak buat cerita macam nih. Keseluruhan cerita mengambil masa setengah jam. Jadi aku tak dapat bayangkan berapa juta shot yang diambil oleh Meme bagi menjadikan patung-patung itu bergerak,bergaduh, memanjat,tersenyum dan macam-macam.

Ok, cerita Pungguk Rindukan Bulan itu mengisahkan Hang Tuah ( patung tengkorak) kene cari sekuntum bunga kepada seorang pemaisuri. Watak pemaisuri ni macam evil aje sebab name die pun dah ade Dark Queen dan berbaju hitam. Aku rase watak bagi Dark Queen nih menggunakan patung Barbie kot. So Hang Tuah pergi bertanyakan orang ramai tentang bunga yang diidamkan oleh pamisuri tersebut. Akhirnya, dia mendapat tahu bahawa bunga itu ada di bulan. Maka berusahalah Hang Tuah itu pergi ke bulan. Setelah mendapatkan bunga tersebut daripada makhluk yang mendiami bulan, Hang Tuah pulang. Orang bulan menasihati bahawa bunga itu tak boleh diguna untuk tujuan baik Tapi pemaisrusi tuh buat jahat dengan bunga tuh konon dapatkan power untuk memerintah dunia la. So, orang bulan turun dah menyumpah si pemaisuri jadik pungguk. So kalau orang cakap kenapa pungguk rindukan bulan tuh adalah kerana pungguk tuh nak mintak maaf kepada orang bulan kesilapan yang pungguk (pemaisuri) telah lakukan.

Cerita yang menarik untuk satu Diy film. Medium yang digunakan agak kreatif dengan tidak menggunakan manusia sebaliknya menggunakan patung-patungan. Pertama kali aku lihat style macam nih dihasilkan oleh anak muda tanah air. Pretty impressive. Dalam diskusi tersebut, Meme telah banyak mengeluarkan banyak pndapat yang aku fikir cukup sincere. Bertanya seorang peserta diskusi tentang driven force atau the passion yang menyebabkan dia melakukan flem ini bahkan minat die terhadap seni. Yelahkan, kalau aku yang pemalas nih nak buat cerita macam tuh belu tentu boleh siap. Nak menulis lima puluh mukasurat pon belum tentu boleh siap. Jadi si Meme kate die buat art sebab ade satu feeling depress dalam diri die yang seboleh-bolehnya dia mahu keluarkan segalanya. itu yang die buat karya die nih. Aku rase nak buat karya macam nih kena ada passion yang menggila baru boleh siap dan puas hati.
Dari situlah sikit-sikit aku berfikir tentang diri aku dengan benda-benda yang aku suka. Muzik, hardcore/punk, movies, books, writing, semuanya boleh dikecapi kepuasannya bile ade driven force ataupun feeling untuk kearah benda yang kita minat. Aku tak tahulah kemana arah tuju aku menulis. Adakah menulis hanya untuk kepuasan, nak dapat awek, nak terkenal etc..etc..Nakkan kepuasan yang macam mana pun aku tak tahu. Well, nampaknya kena berkerja kuat aku untuk mencapai apa yang ak idamkan sangat. Peh, susah....susah...

my ears eat -Agathocles Humarrogance

2 comments:

xalimx said...

nice dude.. kagum tul aku ngan sifat ko yg suka akan keindahan seni dan budaya cerita-cerita lama.. maybe kalo diskusi seperti itu sudah lama aku tetapkan dalam dairi perjalanan idupku agar tak mau aku pegi..
kagum tul aku ngan ko..

*kamben mereng* said...

ermm dr penceritaan tu mcm best lak dgr citer pungguk riundukan bulan tu..lagi2 aku ni peminat nitemare b4 xmas...raser2 kat mana leh dpt copy utk citer tu eh?