Thursday, June 30, 2005

penat lelah paling penghabisan

Hari ini adalah hari aku menamatkan profesyen aku sebagai pekerja kilang.Cukuplah 2 bulan setengah, aku tak sanggup lagi berada di 'rumah penyembelihan' itu lagi.Tenaga aku"disembelih' supayahajatsi Botak(boss keparat) dapat direlisasikan.Cukuplah bagi telinga aku menjamu selera dengan pekik lolong orang atasan mengerahkan pekerja -pekerja membanting tulang empat kerat mereka.

Kegembiraan jelas terpapar. Sudah tentu hari-hari mendatang membuahkan kuntum senyuman apabila bangkit dari tidur,tiada siapa yangingin mengherdik jika aku ingin bermalas-malasan.

Jelas sekali bekerja dibawah orang atasan cukup menyebalkan.Pekerja-pekerja sudah semakin kreatif mencipta ayat-ayat memaki hamun.Tulisan-tulisan di dinding tandas silih bertambah dengan perkataan -perkataan 'memuji' si Botak. Tapi sampai bila mahu bekerja? Mahu bertahan hidup sementara roh belum terlepas dari jasad. Tidakkah teringin untuk mempelbagaikan lagi babak-babak dalam skrip kehidupankita?Coba lari dari hidup yang monoton.

Yang nyata kita berada dalam arus sistematika kematian. Kojolnya kita bersistem.Sekolah,kerja,kahwin,romen,dapat anak,bayar itu,bayar ini,hutang sana hutang sini dan terus mati.Semua orang macam itu. Lahir hidup cuma untuk bernafas.Entahlah.Yang penting, aku meraikan pemergian aku dari kilang itu dengan Roti Nan AyamTandori satu set.Waduh lumayan nih.

2 comments:

Anonymous said...

macam orang lulusan fakultas bahasa dari universiti gajahmada hahaha...giler laa syabas anak muda
-akhdan-

Raja Sawit said...

nobeat ni jawa sebenarnya