Monday, January 29, 2007

Saya Sedang Bercinta

Semua kakak dan abang fasilitator beratur di depan dewan untuk memperkenalkan diri mereka kepada adik-adik sekolah menengah itu.

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh adik-adik sekalian nama akak Wardatunnaujah. Berasal dari Negeri Sembilan, mengambil jurusan kegalaksian dan kajibintang." kata seorang kakak yang pertama memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba ada suara mencelah. Suara itu datang dari himpunan adik-adik di depan para fasilitator itu.

"Dah berpunya ke?" kata suara yang tidak dikenali pemiliknya.

Kakak itu tersenyum malu dan berkata "Haa, itu rahsia."

Semua adik-adik lelaki bersorak kegembiraan kerana dapat mengusik kakak itu.

Kemudiannya sesi akak-akak dan abang-abang memperkenalkan diri bersambungan dengan soalan yang pelik-pelik dari adik-adik.

Tinggal seorang sahaja lagi.

Dia cantik. Itu yang nyata.

Baru sahaja memegang mikrofon dan semua orang diam terpikat. Suasana senyap seperti ternampak bidadari dari syurga sedang berbogel di depan mata dan mulut terkunci kerana kejelitaannya. Mujur air liur tidak mengalir menitik-nitik.

"Hai, saya Murni. Pelajar universiti atau fasilitator terakhir memperkenalkan diri hari ini. Saya mengambil jurusan biokimia dan berada di tahun akhir. Ada soalan ke?"

Sekali lagi, " Dah ada pakwe ke?" suara itu jelas dan nyata milik seorang budak yang lagaknya seperti seorang ketua dikalangan kumpulannya. Muka tidak seberapa tapi sangat berani. Dia berani mengusik.

"Saya sedang bercinta."

Whoaaaaaaaa. Suasana dewan menjadi heboh. "Siapa lelaki bertuah tuh" seorang abang fasilitator mula mengusik.

"Saya sedang bercinta dengan tuhan." sambl tersenyum.

Semua tertawa dan cuba untuk mengusik lagi.

"Wah alimnya akak ni. Dahla cantik, alim pulak tuh...Hahaha" Suara itu diikuti dengan hilai ketawa semua orang.

Dengan selamba kemudian Murni berkata,

"Dan saya sedang menunggu cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup kami."

Semua tersenyap.

Tergamam.

Lama.

Seperti terdengar bunyi sangkakala yang pertama padahal masih belum sempat bertaubat.

14 comments:

Anonymous said...

kim salam sama itu murni.
hehe

Anonymous said...

aku tau murni tu x de pakwe, tapi dia cuba duga korang semua.. berhati-hati dengan murni.. dia witch!

Freeviolence said...

si murni tu islam aper.. skang banyak islam tau haha.. lagi satu si murni ni sangat banyak bengkang bengkoknya..

Anonymous said...

haiya...itu murni manyak baguih lo...anak sape tu eh?????tingin aku amek wat menantu....

xalimx said...

sian si murni itu... kem slm kat dia >D

Anonymous said...

murni is either brilliant,

or she could merely be ayah pin 13th wife?

Anonymous said...

bagus jwpn si Murni tu..sedang bercinta utk lebih mengenali Allah, w'pun sudah mempunyai suami sebagai cinta dunia..

Mohd Hazreen Rashid said...

wahh, cerita yang sungguh fantastik...
minta izin untuk saya link kan post ini dalam blog saya...

WNA said...

seronok mendgr jwpn murni.boley copy paste bile diusik2 =)

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr said...

takda ke orang cakap masa dia kata dia dah kahwin..dengan tuhan,

"aku lah tuhan tu"

takda ke?

kalau ada, budak ni sure berani dari budak laki muka tak hensem tapi berani mengusik tu.heheh

Anonymous said...

mintak kebenaran cilok cerita ni letak kat fs.nak berkongsi ngn kawan2

marini rafar said...

semua org suka cerita murni. hmmmm.. saya benci. saya benci cerita ttg murni. saya benci dan saya baca berulang kali. ye. saya masih benci. tahniah!

kucing said...

sinis.

Ereen Aveira said...

murni tu ada company sndri eh..minyak murni tu kan? kayo laa akak murni tuh!! tabik sprrringg!