Monday, May 22, 2006

Cuti

Sekarang saya sedang berada di medan percutian sambil tidak belajar apa-apa walhal orang lain buat praktikal selama dua bulan. Dahulu saya akan bekerja secara sambil-sambil sebagai jurujual atau nama lainnya iaitu Eksekutif Pemasaran dan pekerja kilang atau operator pengeluar. Tapi kini, saya masih belum lagi membuat keputusan bertindak untuk membunuh masa saya hingga semester baru buka.

Pada minggu pertama bercuti, ada satu hari itu masa saya dipenuhkan dengan aktiviti rekoding. Ya, rekoding untuk band saya. Penat juga rekod trek demi trak ini kerana saya harus menunggu hingga semua instrumen dimasukkan ke dalam komputer. Ternyata kita tidak perlu untuk menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk merekodkan muzik kita kerana kita sudah boleh melakukannya di rumah tak pun di studio murah di Taman U ini. Murah. Harap-harap hasilnya amat memberangsangkan kerana rekoding tersebut betul-betul telah menguji kehebatan vokal saya. Hahaha.

Semasa saya ingin pulang ke Felda Taib Andak, saya sudah memikirkan bermacam-macam alasan untuk dijelaskan kepada Bapa saya sebab musabab saya masih belum pulang ke rumah sedangkan Siti anak Pak Kamarun siap sudah bekerja kilang lagi. Saya pula masih belum pulang. Mak takkan percaya saya terlibat dengan aktiviti kampus atau aktiviti yang melibatkan universiti. Sesampainya saya dirumah, saya agak lega kerana tidak ada isu-isu yang berbangkit. Mungkin marah mereka sudah reda dek sembahyang-sembahyang yang mereka lakukan. Tuhan betul-betul menyelamatkan saya. Alhamdulillah Hallelujah.

Hati saya tersentak seketika bila adik saya bilang yang abang saya melaporkan kepada mak saya yang saya pergi rekoding. Mampos!!!! Macam mana nak jawab nih? Tak reti nak coverkan adik die la abang saya yang sorang nih.

Mak: Oh, kau pergi rekoding eh? (dengan nada nak marah tak nak marah)

Saya: Err, haah. Tadi pergi rekoding. Alah rileks mak, orang Felda Taib Andakkan artis. Mesti pergi rekoding. Tengok Mawi tuh. Mak die tak marah pun. Hehehe. ( Lepas cakap aku terus ambil tuala dan pergi masuk bilik air untuk mandi, kena solat 5 waktulah lepas ni)

Endnote:

1. Sekarang saya menyokong penuh pada aktiviti mencuri sebab ada fatwa yang menyatakan kita boleh mencuri. Yeah!!!

2. "Kenapa gig grindcore tak boleh buat tapi gig punk rock boleh buat?"
"Sebab owner die punk rock, so gig punk rocklah" jawab Timmy berkenaan dengan Studio Countach yang sudah tidak memberikan kelulusan untuk buat gig ganas-ganas.

3. Tengah dengar L'Arcnen' Ciel nih. Hahaha.

4 comments:

syik s. said...

laruku? wahhhhhhh! nobit tak sangkeeee!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.