Thursday, November 24, 2005

siksa kubur is totally waste

Semalam aku berpeluang untuk berkomunikasi melalui utusan MSN dengan pemilik label Rottrevore iaitu Rio. Oleh kerana aku peramah, macam-macam benda aku tanya dan akhirnya aku bertanyakan barangan yang baru dikeluarkan oleh labelnya. Dia terus menyebut tentang Tshirt Siksa Kubur yang baru dan terlalu terhad. Aku terus bersetuju untuk membeli tshirt itu yang aku yakin terlalu mahal tanpa ada alasan untuk berfikir panjang. Aku terus mengeluarkan Rm 76, convert menjadi USD 20 lipat duit itu menjadi kecil sekecil-kecilnya,masukkan dalam sampul surat dan terus mengalamatkannya kepada Rio Rottrevore di Indonesia. Aku masih lagi tersenyum dengan mengimaginasikan betapa bergayanya aku bila memakai Tshirt Siksa Kubur itu nanti.


Bila sampai di bilik, mengorganisasikan perjalanan hidup pada hari sabtu nanti yang tentunya hari yang ditunggu-tunggu oleh para penganut muzik hardcore Malaysia iaitu kedatangan Vitamin X ke sini. Terus sahaja aku termenung semenung-menungnya kerana uang yang aku miliki pada waktu sekarang makin menyusut. Aku mencarut. Tapi carutan aku hanya secukup rasa kerana perasaan tidak cukup duit tak sama dengan perasaan kantol tengok porno dengan mak. Sial. Duit boleh tak cukup pulak!!!


Terpaksalah aku membatalkan hasrat aku untuk pergi membeli belah Dvd di Batu Feringghi,tidak mengkonsume barangan dari gig nanti dan menjaga pemakanan aku dengan tidak memakan daging sebab daging mahal.
Ah, takpelah. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada alternatifnya jika terlanjur. Kalau kita terlanjur bersetubuh boleh gugurkan kandungan. kalau kita terlanjur tak datang kelas banyak kali boleh repeat paper. Kalau terlanjur berbelanja lebih boleh pinjam uang dengan kawan-kawan tercinta.


Yeah, hidup ini banyak pilihan yang penting bagaimana nak menjadikan pilihan kita itu sebagai satu yang bermakna. Aku memilih untuk tidak belajar dan terus berkutat di depan komputer dan menulis blog kerana aku tahu menulis perasaan dalam diri adalah lebih bermakna daripada menulis istilah-istilah yang kejap-kejap ingat,kejap-kejap lupa. Lepas tu masuk peksa terus blur.

4 comments:

lokman said...

gatal la ketiak aku...

Si Fakap said...

haha.dvd batu feringgi memang best dan murah!

Anonymous said...

bang. mintak antar 5-10 artikel utk projek kompilasi tulisan blog anak2 punk/hc ek. saya dah nak start compile. fikirkan skali nama yang sesuai utk NAMA BESAR buku kita nanti ok. tima kasih. hantar kat emil saya ok: merahdanhitam@yahoo.com thanx


p/s:- KECIK HATI BETUL AKU BILAMANA AKU TENGOK TAK ADA PUN NAMA AKU KAT RUANGAN LINK KO. CUBA BITAU SKIT SAPER AJAR KO WAT BLOG NI? AKU TAU! BENCI AH KAT KO! :(.huhu

syik s. said...

hahaha! siyes weh?