Monday, April 24, 2006

Senyumlah

Orang kata yang ia semacam satu proses input dan output. Seperti kita makan dan kemudian kita berak. Terbeban bila ia belum keluar dan rasa lega bila semuanya sudah dinyahkan dari menghuni bahagian dalam itu.

Hari ini hari kedua saya menduduki peperiksaan. Sudah banyak kali saya menduduki peperiksaan, jadi kiranya saya sudah boleh mengawal emosi saya bila berhadapan dengan kertas putih yang sangat menakutkan ini. Rasanya tiada guna bagi saya berasa takut untuk menduduki peperiksaan. Ia cuma satu pelengkap bagi kita yang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang remaja di negara yang penuh sistem yang sistematik ini. Selesai dengan peperiksaan itu, diuji lagi dengan peperiksaan yang lain. Kita diuji berklai-kali hinggalah 'proses penyulingan' berhasil menyentilkan beberapa 'pekerja' yang penuh dengan rasa 'takut'. Tak tahulah sama ada dia takut dengan ibu bapanya yang akan mengungkit sebab tidak dapat menggulungkan ijazah di depan mereka, atau takut digelar oleh kawan-kawannya sebagai tiada kehidupan yang modern kerana bekerja sebagai guru sekolah di kampung sahaja ataupun takut tidak dapat membayar sewa rumah dan susu anak pada masa depan kelak. Jadi takut-takut dahulu, hari kemudian mungkin kita tidak takut. Mungkin! Ya, mungkin dengan perasaan 'takut' itu barulah kita boleh berjaya. Mungkin!

Kiranya sekarang kita tersepit. Tidak boleh pergi ke mana-mana melainkan terima pa sahaja di depan mata. Tubuh badan kita seperti ditanam ditimbus ke dalam perut bumi dan hanya kepala kita sahaja yang melihat dunia dengan rasa yang penuh rasa. Tidak dapat bergerak ke mana-mana. Kalau ada orang yang mahu kencing di kepala kita, maka kita terima sahaja walaupun tidak rela. Saya rasa ini lah kehidupan yang menjengkelkan. Tapi mahu atau tidak mahu, walaupun telah dikencingi, kita kena senyum. Oh bukan, KITA HARUS SENTIASA SENYUM.Muaahh!!!

Endnote:
1. Saya lagi mendengarkan lagu-agu hebar daripada band-band Yellowmachinegun, Kill The Client dan Necrophagist

2."Mesti kena menulis. Kan menulis itu menerangkan apa yang kita fikir, jadi mereka yang tak menulis itu adalah mereka yang tidak berfikir!!!"

-kata-kata nih saya quote dari Akhdan. Akhdan plak quote dari Hishamuddin Rais. Menulis lah!! Tulis kat testimonial Friendsetr saya pon takpe

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.