Thursday, September 16, 2004

memilih untuk tidak memilih

Finally dapat gak aku menyemakkan blog aku nih dengan timbunan `sampah- sarap` yang sudah overload dalam tong pemikiran aku ni.banyak perkara yang berlaku akhir-akhir nih.Pilihanraya baru jek habis semalam dan ia menyaksikan terlalu banyak drama swasta yang memang menjengkelkan.Pilihanraya pasti menjadi bahan mulut orang ramai.Yang bertanding,yang menentang,yang mengkhianat..semua ada cerita sendiri.pada mulanya aku tak nak mengundi.tapi oleh kerana autoriti lebih kuasanya jadi mengundi itu satu kemestian.dari perang poster hingga ke saat mencoblos penuh dengan babak – babak yang menyakitkan hati.Begitu berkuasanya KUASA hinggakan orang semua ingin mendapatkannya.yang pasti kat USM nih pembangkang yang menang.tahniah diucapkan.Harap lepas nih pasti ada tikam menikam yang berlaku supaya orang semua benci membenci.Heh sebelum election pun mereka dah membenci.jadi selepas ini macam mana? Dah dapat tengok macam mana pandanagn student kat USM nih.Penuh dengan kebencian atau penuh dengan duit dalam saku? Aku mana tahu.
Taktik yang digunakan amat menyebalkan.Macam mana boleh kalah ?Lepas nih terpaksa lah bertudung litup dan berseluar panjang .mandi pun tak boleh berbogel.Kite yang tak tahu hokum nih mane boleh buat sesuke hati.Kene ikut .Kite menuju kearah LIBERAL.Masih still terima lagi ke ajaran FUNDAMENTAL nih???
Bebudak first year memang tak tahu apa – apa yang mereka perjuangakan.yang penting, tahun depan duduk dalam, makannya tak payah susah susah cari rumah sewa.maknanya tak payah susah susah menentang .Patuh dan dapatlah GANJARAN.Jangan jadi pelik sikit.Nanti adalah kena tarik denagn malaun – malaun tuh.tak boleh warnakan kuku.Tak boleh pakai baju serba hitam, tak boleh kutuk orang yang berjawatan tinggi.Kelak nanti rugi diri.tapi sekarang pun kita dah rugi sebab kita tak nampak jalan kat depan.BONTOT di depan kita nih BESAR sangat.Ikut ajelah kalau tak nak terpijak TAHI LEMBU di depan nanti.
Lepas nih macam mana? Adakah pemikiran student akan berubah? Mungkinkah aktivis mahasiswa akan muncul?menegakkan apa apa yang masih belum lagi tegak? Customer is always right. SAJIAN di depan kita nih harus meningkatkan selera kita untuk menyambarnya.
Walauapapun yang berlaku,aku tetap takkan terjebak dengan mereka nih..tak nak tahi terpaletkat diri aku nih...mampos la wei...aku memilih untuk tidak memilih.....

1 comment:

xalimx said...

nobeat....mengapa begitu sekali pandangan ko...memilih untuk tidak memilih...begini ker rakyat kita? kalo sebagai student pun dah tak mmpu untuk memilih yg terbaik, bagaimana nnti biler ko dah jadik rakyat malaysia yg berhak mengundi? ko nak memilih siapa? pembangkang... aku pun fuck goverment yg mcm sial,tp kita kena pilih a good choice for our future....jgn memilih untuk tidak memilih beb...rugi kita kelak...