Thursday, February 09, 2006

Aku masih lagi ADA, tapi aku sudah mati

Pepatah lama-lama yang sudah jadi cliche ada mengatakan yang hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah. Kadang-kadan kita bergerak ke depan dan kadang-kadang kita bergerak ke belakang. tapi bila roda dah tak ada bunga nya, sudah botak semuanya, maka roda itu akan berhenti daripada proses perjalanan di atas 'jalan raya' ini selama-lamanya.
Sudah cukup 2 dasawarsa roda yang bercapkan Nobeat yang berasal dari Felda taib andak ini menghenyak 'jalan raya' yang luas ini dengan seadanya. Sekarang, roda ini terdampar sayu di Pulau Pinang. ADAnya aku di sini dengan satu harapan. Harapan untuk menyaksikan kegembiraan di mata orang yang mengharapkan aku agar merealisasikan harapan menggunung mereka sebagai ibu dan ayah. Aduhai, janganlah mengharap sangat. Aku terbeban dengan harapanmu wahai ayah bondaku.
Bila ngomong soal keberADAan aku di Pulau Pinang ini, aku yang ternyata sekali masih lagi ADA. Masih lagi ADA di mana-mana yang orang boleh melihat aku dalam keadaan ADA. Tapi, keberAdAan aku tak bermakna jiwa aku juga berADA. Jiwa aku penuh dengan kekosongan walaupun penuh dengan input-input yang harap-harap berguna. Jadi, walaupun aku ADA, aku dah MATI. Dibunuh oleh satu fenomena yang dahsyat. Semua ini gara-gara HARAPAN itu lah. Aku dibunuh oleh KESIBUKAN. KESIBUKAN yang tak membenarkan atom-atom malas menjalar ke tubuh aku kerana aku harus merealisasikan HARAPAN itu. Tapi tanpa aku sedari, kesibukan yang telah membuatkan aku hampir tak bernafas ni sedikit demi sedikit telah melahirkan bibit-bibit keMALASan itu. Oleh kerana kesibukan yang menyibuk untuk mengganggu hidup aku, aku telah menjadi malas untuk membaca buku Lagi Cerpen-Cerpen Underground yang msih lagi berbaki 13 muka surat untuk khatam. Aku malas untuk bertanyakan khabar kawan-kawan yang berada jauh di pelosok mane aku pon tak tahu. Aku malas untuk menulis bait-bait lirik untuk kumpulan handalan thrashcore yang didiktatorkan oleh nafsu-nafsu binatang mereka sendiri dan yang paling menyedihkan, aku malas nak update BLOG nih.....Aku dibunuh oleh keSIBUKan. Sial!!!
Endnote:
1. DVD Slayer telah membuatkan aku tidak mendengar lagu-lagu lain.....
2. Aku menulis dengan keadaan yang memenatkan. Jadi idea pun tak keluar dengan tuntas.
3. Aku malas. Please kill me!!!!