Thursday, June 30, 2005

penat lelah paling penghabisan

Hari ini adalah hari aku menamatkan profesyen aku sebagai pekerja kilang.Cukuplah 2 bulan setengah, aku tak sanggup lagi berada di 'rumah penyembelihan' itu lagi.Tenaga aku"disembelih' supayahajatsi Botak(boss keparat) dapat direlisasikan.Cukuplah bagi telinga aku menjamu selera dengan pekik lolong orang atasan mengerahkan pekerja -pekerja membanting tulang empat kerat mereka.

Kegembiraan jelas terpapar. Sudah tentu hari-hari mendatang membuahkan kuntum senyuman apabila bangkit dari tidur,tiada siapa yangingin mengherdik jika aku ingin bermalas-malasan.

Jelas sekali bekerja dibawah orang atasan cukup menyebalkan.Pekerja-pekerja sudah semakin kreatif mencipta ayat-ayat memaki hamun.Tulisan-tulisan di dinding tandas silih bertambah dengan perkataan -perkataan 'memuji' si Botak. Tapi sampai bila mahu bekerja? Mahu bertahan hidup sementara roh belum terlepas dari jasad. Tidakkah teringin untuk mempelbagaikan lagi babak-babak dalam skrip kehidupankita?Coba lari dari hidup yang monoton.

Yang nyata kita berada dalam arus sistematika kematian. Kojolnya kita bersistem.Sekolah,kerja,kahwin,romen,dapat anak,bayar itu,bayar ini,hutang sana hutang sini dan terus mati.Semua orang macam itu. Lahir hidup cuma untuk bernafas.Entahlah.Yang penting, aku meraikan pemergian aku dari kilang itu dengan Roti Nan AyamTandori satu set.Waduh lumayan nih.

Wednesday, June 29, 2005

makin lama makin jemu.

Kedatangan aku ke Kl ini tidak mempunyai apa-apa erti melainkan bergembira di acara gig yang berlangsung.Gig bersempena mencari dana untuk band Domestik Doktrin yang akan datang ke sini pada bulan Julai mendatang.Pemergian aku ke Kl ini juga adalah kerana ingin menyaksikan band yang telah lama tidak beraksi iaitu Jeritan Sepi.

Aku sedang menyiapkan review gig ini untuk satu projek bersama kawan-kawan dan aku tidak mahu memberikan gambaran bagaimana acara gig berlangsung dalam blog ini .Yang pastinya,ia berlangsung dengan tidak meriah sekali.Aku yang selalunya akan mengalami kecederaan yang mini selepas acara gig cuma berpeluh sahaja.Pengunjung yang datang agak mengecewakan.Apakah formula yang patut dikenakan kepada anak -anak muda hardcore yang sudah menjadi pemalas untuk datang ke gig.

Mungkin salah satu faktornya ialah.gig di Kl ini sudah menjadi kelaziman.Setiap minggu gig dilangsungkan dengan pelbagai band yang mempamerkan muzik-muzik mereka yang tersendiri.Bosan juga kalau gig selalu diadakan.Jadi gig ini adalah acara untuk kawan-kawan.Bahkan band -band dari luar negara yang melakukan tour juga kekurangan pengunjung.
Untuk menganjurkan gig setiap minggu adalah satu yang membebankan.Sekarang alternatif untuk menjimatkan kos setiap band-band luar yang datang ke Malaysia ialah dengan membuat gig di jam session.Perkara ini harus dilakukan untuk mengelakkan penganjur kerugian berlipat ganda kerana tiada pengunjung.

Selepas ini,aku tidak akan mengerapkan kewujudan aku di Kl ini untuk acara gig.Kalau dulu,di Matrikulasi,setiap minggu boleh dikatakan hari Sabtu aku diluangkan di Kl.kalau tidak ke gig hardcore,ke gig Indie bersama Lucy In The Loo.tabiat aku ke berkunjung ke gig tidak pernah luput.asalkan punya wang dan masa,pasti akan ke Kl.Di Usm Penang,selalu saja aku turun ke ibu kota itu.Gig,berjumpa kawan dan berjalan jalan di celah celah bangunan tinggi.Kehadiran band-band yang tour ke sini telah membuatkan aku turun.Unholy Grave,Cluster Bomb Unit,Pisschrist dan macam - macam band lagi agak menarik untuk dilihat.
Apa sudah jadi pada gig di KL,mungkin selepas ini aku akan cuba hadir ke gig-gig kecilan di bahau,seremban mahupun di Kuala Lipis.Yang pasti aku akan mengurangkan pemergian aku ke Kl selepas ini.Mahu simpan duit sedikit untuk pergi gig di Indonesia.hahaha

pelirlist- Mukeka Di Rato album Acabar Com VocĂȘ

Monday, June 20, 2005

pissed off this time

ketika aku sedang menatap wajah segiempat bercahaya ini (monitor komputer cc bernombor 21),aku sudah tidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan badan. Kelelahan selepas bekerja cadangnya mau berehat di gubuk kediaman aku seketika tetapi satu kejadian telah membuatkan aku bengang nak mampos.Pada awal pagi sebelum aku berangkat ke tempat kerja,aku telah berpesan pada abang aku supaya tidak mengunci pintu pagar kerana aku tidak mempunyai kuci tersebut.Dalam keadaan mengantuk pula,abang aku mengangguk tanda faham.Tapi hajat aku untuk berehat,mandi,masturbasi,pornografi telah terbatas kerana pintu pagar itu tidak terbuka ketika aku memulaskan tombol pintu.Kemarahan telah capai ke puncak.Aku terus berzikir ayat ayat makian.Semua penghuni rumah akan balik seawal pukul 6 atau malam.Sial.Nak buat ape aku mase nih?

Malam nih maybe akan jamming.Duit semakin menyusut.Tapi takpe asalkan suke.Kerongkong aku selalu gatal-gatal semasa abis jam.Harap harap semasa main nanti tak de masalah.

Kerja aku sekarang makin relax.Aku dipindahkan ke bahagian printing.Thankx to sham.Sebab rerkommend aku ke bahagian printing tuh.Relax sket sebab kerja tak banyak.Kalau dulu.Nak berehat termenung sket memang tak boleh harap.Kene marah punye.Tapi kalau kerja department printing nih sure kene kerja syif.Tak tahu la.Tapi yang penting Gaji hari nih dah keluar.Yeah.!!!

Friday, June 17, 2005

aduhai blog ku sayang.....mengapa kau bersedih???

nah....sekarang, aku tak mahu lagi berleha-leha dengan menziarahi website-website yang todak mempunyai kepentingan bagi aku.Jika blogspot ini adalah haiwan peliharaan aku, dan tidak pernah memberinya makan(update dengan penulisan tuannya),terus aja dia bersedih.Maaflah aku tidak pandai memberikan perbandingan yang sesuai.Tapi itulah,IZWAN yang satu lagi telah menguasai diri aku (izwan yang pemalas).Mungkin akibat bekerja yang banyak aku jadi begini.Atau mungkin selalu menonton bahan bahan yang tidak berfaedah(pornografi/g-string/bra etc etc....).maafkanlah saya yek....

tak banyak perkara yang menarik minggu ini melainkan perpindahan tempat kediaman.Pada mulanya sedih rasanya mau meninggalkan Bandar Baru Uda (port Uda Thrasher) bila pertama klai diumumkan keinginan untuk berpindah oleh abang aku.Khabar-khabar mahu berpindah ke Nong Chik.Last -last dekat dekat situ jek....selamat aku.hehehe...

rumah baru nih boleh la aku rate 8 per sepuluh...berbanding dnegan rumah lama yang aku patut bagi 4 per sepuluh.Rumah dulu die punye siling dah bocor.nak tidur malam mesti punye dengar bunyi air menitik.Lebih kurang 80 % barang - barang di rumah dulu tuh kepunyaan tuan rumah.Baju baju ,karpet,pinggan mangkuk macam macam lagi.Cukup tidak selesa.

Sekarang tidak lagi.rumah baru lebih selesa,tandas yang boleh flush,tiada suasana hingar bingar bunyi kenderaan dan yang penting,housemate nya kaya.Ada komputer yang penuh dengan bahan bahan lucah....untuk hilang bosan.tapi kewujudan aku di rumah ini tak lama.lagi 3 minggu lagi keberangkatan aku ke Penang akan tiba.Rase sedih pon ade gak sebab akan meninggalkan alam percutian yang panjang.Dan terpaksa berjumpa dengan kawan kawan sekelas lagi.hehehe tak sabar nak jumpe dengan wan karim,lomu( ade cerita best) dan bebudak HC penang.

Keje memang sial.Tak mahu kerja tapi mahu uang.Uang untuk gaji yang akan datang akan digunakan untuk pergi ke Kl bersempena gig Benefit Domestik Doktrin pada 25 June nih.Ah takpe la.aku dah mals nihnak tulis pepanjang.Dua hari lepas aku ade tulis penulisan aku kat blog nih.panjang dan banyak merepek.Best.tapi server lembab dan ia terus tak upload aku punye positng baru.Macam sial.takpe.aku akan cuba mengebom kemalasn aku dan gantikan dengan Izawn yang non-pasif hahaha..