Thursday, May 26, 2005

hati-ini memberontak

kegembiraan jelas nyata dalam diri aku kerana kilang aku sekarang sedang kucar kacir,huru hara dengan masalah yang bertimbun.hah.padan muka.kali nih kilang kotak nih dah tak banyak barang/order.jadi profit takde tapi aliran wang kepada para pekerja masih lagi berjalan kerana mereka masih datang ke kilang tetapi tiada kerja yang ingin dilakukan.jadi mereka telah memberi cuti kepada mereka yang shif petang dan yang pagi pula strat kerja dari 8 till 5.Sesape nak mintk cuti pon diluluskan.Kelihatan makcik-makcik yang mengopek kotak dah bercadang nak mintak cuti sebab sabtu nih ade keje kawen kat Waha.Jadi cuti-cuti mereka menjadi masalah bagi aku.cadangnya dalam otak aku berfikir,mintak cuti pastuh terus gerak ke KL untuk bergembira sama kawan-kawan memberikan penghormatan kepada band yang cukup dikenali iaitu BETERCORE.Maunya tak nak pegi.Weot Skam main.Aku tak pernah tengok diorang main lagi walaupun aku selalu lepak dengan diorang.Suara Anak Muda is my favourite band (dalam frenster aku tulis nama band nih dalam Favourite music).Sarjan Hassan is kick ass.So aku decide untuk pergi dengan selambe ponteng kerja.

Tak tahulah sama ada aku nih pekerja yng baik ataupun aku nih pengecut.Cukup takut untuk ponteng,padahal tak pernah ponteng pon.Kalau tak cuti, orang cakap aku nih pekerja yang berdedikasi.Tunduk pada cakap supervisor.Haha ape nak jadik jadik lah.Sabtu nih kali pertama aku ponteng kerja.Uncle Anarko cakap janagn kerja.Sebab kerja nih exloitation.Ok.KL here I come.(mintak -mintak akhdan blanje akuh.....hehee)

Monday, May 09, 2005

berjalan seribu batu

sabtu petang harituh buat kali pertama dlm beberapa bulan saye telah turun ke bandar bersama abang Isma.Pergi city square.ramai nak mampos la orang.tapi sabtu kan hari remaja.jadi lumrahlah kat bandar dipenuhi oleh remaja.singgah jap ke kedai muzik box kepunyaan aabang fadzil rock.aku hany a nak amik flyers siksa kubur.sial la.siksa main kat Kl 4 june.time tuh ade gig kat Jb.Fuck On the beach dan vivisick dari jepun.tapi jimbo cakap venue tak jumpe lagi.macam mane nih?

pastuh jumpe la kami dengan ayeh.jumpe gak si dicky ,bigshow dan kengkawan mereka utk spread flyers mereka.aku juga terserempak dgn emmy awek wak kunk. sememangnya di CS nih tidak menjanjikan apa-apa yang menarik.So bertolak terus kami ke rumah ayeh.ayeh sekarang tinggal dgn adek die kat umah yang besar tuh.mak bapak die dok kl la sekarang.kite tengok cite blood in blood out.cite pasal racisme,mob,pride,kongsi gelap.Wan karim mesti suke nih.
pastuh kami gerak ke pusat gim kat taman daya.member ayeh keje kat sini.badan die.mak ai.tough nih.ok.ini kali pertama aku ke pusat gim.mula mula kauyuh basikal.keberatan tayar die 9.semput aku.pastuh berlari.mak ai laju mesin nih aku terkapai kapai.berlari.tup tup 12 minit aku lari 1 kilometer.rekod dalam diri aku yg tak pernah bersukan ni.berpeluh berlinang.aduss......gilo......walauape pon.bersukan mmg penat.angkat benda berat berat.kalo la aku work out tubuh badan aku mesti tough.tapi tubuh badan aku nih kekuranagn protein.okeh...start esok aku pegi angsana jalan kaki jek selambe....

playlist-
audio kollaps-5 Vor 12